Nur Humaira Syafiqah
Nur Humaira Syafiqah

Pelajar Tingkatan Tiga, Nur Humaira Syafiqah akhirnya ditemui selamat

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
27 Aug 2024 09:50am

Pelajar Tingkatan Tiga, Nur Humaira Syafiqah dari Tawau, Sabah, yang hilang sejak Jumaat lalu, akhirnya ditemui dalam keadaan selamat di kawasan Kampung Jawa Jalan Tengku Osman, di sini, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, mangsa telah dijumpai pada jam 1 pagi tadi dan sekarang berada di Balai Polis Tawau untuk siasatan lanjut.

Kenyataan itu dipetik menerusi portal Sinar Harian di mana mereka telah menghubungi Jasmin untuk pengesahan penemuan Nur Humaira Syafiqah.

Pada Isnin, Sinar Bestari memuat naik artikel berkenaan kehilangan Nur Humaira Syafiqah Naldi yang dimaklumkan oleh kakaknya, Ayu Naldi menerusi akaun Facebook.

Menurut Ayu, Nur Humaira Syafiqah atau Maira dikatakan hilang sejurus pulang dari sekolah.

Ujarnya, bermacam-macam usaha telah dilakukan dalam proses pencarian Maira, namun masih gagal menemuinya.

“Kami sekeluarga tidak mempunyai sebarang perselisihan faham namun sering menasihati dia (Maira) yang masih bersekolah dan mempunyai tanggungjawab perlu dilaksanakan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp