Kamarjan (tiga dari kiri) bersama Surena dan pengurusan sekolah menunjukkan plakad World #Quran Hour 2025.
Kamarjan (tiga dari kiri) bersama Surena dan pengurusan sekolah menunjukkan plakad World #Quran Hour 2025.

Sekolah Maahad Sains Tok Guru sokong World #Quran Hour 2025

ASWANY OMARASWANY OMAR
20 Mar 2025 12:08pm

World #Quran Hour 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 25 Mac ini turut mendapat sokongan warga Sekolah Maahad Sains Tok Guru (MSTG), Kota Bharu, Kelantan melalui penyertaan guru serta pelajar sekolah berkenaan.

Pengetua sekolah itu, Kamarjan Abd Rahman berkata, sebagai sebuah sekolah agama, MSTG tidak akan melepaskan peluang menyertai program membabitkan al-Quran.

Justeru pihaknya akan menghantar seramai 40 pelajar bersama guru pengiring ke satu lokasi World #Quran Hour 2025 yang dipilih iaitu Madinah Ramadan.

"Kita juga mempromosikan program ini di peringkat sekolah supaya mereka yang tidak berkesempatan ke Madinah Ramadan akan mengikutinya di lokasi di mana sahaja mereka berada," katanya pada Rabu.

Pelajar MSTG bertadarus al-Quran.
Pelajar MSTG bertadarus al-Quran.

Katanya lagi, sesuai tarikh program pada minggu akhir persekolahan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, ramai guru berkelapangan boleh bersama-sama membaca dan bertadabur surah yang dipilih.

"Sebagai sebuah sekolah sains tulen yang cemerlang dalam akademik dan al-Quran, kita mahu pelajar memanfaatkan waktu ini bersama ribuan lagi umat Islam di seluruh negara," tuturnya.

Jelas beliau, MSTG bersedia menjadi tuan rumah untuk sebarang program membabitkan al-Quran dan Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan.

Artikel Berkaitan:

"Sokongan kami tidak terhad kepada program ini sahaja malah akan bekerjasama untuk kemajuan ilmu al-Quran dan akademik pelajar," katanya.

Kamarjan sebelum itu menerima kunjungan Pengarah Program World #Quran Hour 2025, Surena Mohd Noor yang turut menyampaikan sumbangan al-Quran untuk MSTG.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp