SMK Raja Permaisuri Bainun melancarkan Minggu Solidariti Palestin bermula 30 Oktober hingga 3 November 2023.
SMK Raja Permaisuri Bainun melancarkan Minggu Solidariti Palestin bermula 30 Oktober hingga 3 November 2023.

SMK Raja Permaisuri Bainun anjur Minggu Solidariti Palestin untuk didik nilai manusiawi kepada pelajar

AZLEENDA SAHALUDIN
31 Oct 2023 12:09pm
A
A
A

Bagi menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menganjurkan Minggu Solidariti Palestin, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Permaisuri Bainun, Perak telah melancarkan program itu pada 30 Oktober hingga 3 November 2023.

Bertempat di Dewan Al-Amin sekolah berkenaan dengan penglibatan seramai 420 pelajar dan 60 guru serta staf sekolah, program Minggu Solidariti Palestin dianjurkan bagi mendidik nilai manusiawi dalam kalangan pelajar sekolah serta memberi kesedaran kepada mereka akan kejadian yang menimpa negara itu pada ketika ini.

Pengetuanya, Anuar Mamat berkata, penganjuran Minggu Solidariti Palestin ini amat bermanfaaat dalam memberi kesedaran khususnya kepada pelajar bahawa ia bukanlah melibatkan isu keagamaan tetapi juga merupakan isu kemanusiaan.

Cikgu Anuar
Cikgu Anuar

“Dengan penganjuran program ini, warga sekolah dapat memperbanyakkan bacaan dan menambah ilmu yang berkaitan dengan Palestin agar kita semua cakna serta prihatin tentang keadaan yang berlaku di sana.

“Saya juga berharap program sebegini dapat mencapai objektif dan tujuan penganjurannya kerana peristiwa yang menimpa negara berkenaan pada waktu ini bukanlah melibatkan isu keagamaan semata-mata tetapi membabitkan juga isu kemanusiaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Penyelaras Program, Cikgu Shahidan Shaarani, melihat kepada serangan demi serangan yang berlaku di bumi Palestin terutamanya di Gaza, adalah lebih baik sekiranya ramai pihak mengadakan program atau kempen kesedaran seperti ini.

“Di peringkat sekolah kami, walaupun dalam tempoh perancangan yang singkat saya sangat berharap program ini dapat memberi bekas yang mendalam kepada setiap pelajar.

“Terima kasih kepada semua terlibat terutamanya pihak pentadbir yang memberi sokongan sepenuhnya terhadap program berkenaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Cikgu Shahidan
Cikgu Shahidan

Sepanjang Minggu Solidariti Palestin berlangsung di sekolah ini, beberapa aktiviti telah dilaksanakan antaranya ceramah perdana Palestin; tayangan video dan nyanyian lagu bertemakan Palestin; pameran Palestin di perpustakaan; pemakaian mafla Palestin dan lencana butang (button badge) sepanjang minggu serta kutipan tabung solidariti Palestin.

Sementara itu, pelajar Tingkatan Dua sekolah tersebut, Faiqihah Zahra Haizuran berkata, program sedemikian memberi ilmu dan pengetahuan yang berkaitan dengan negara Palestin.

"Saya sangat teruja dengan program Minggu Solidariti Palestin dan sangat tertarik dengan pengisian yang disediakan.

“Saya berazam akan berkongsi ilmu ini kepada rakan-rakan dan mengajak mereka mengambil tahu berkaitan Palestin,” katanya.

Ahmad Luqman
Ahmad Luqman

Selain itu, pelajar Tingkatan Satu, Ahmad Luqman Afiq Saifaul Bahari memberitahu, dia lebih cakna dan sedar akan kewajipan semua pihak untuk memastikan Palestin dibebaskan daripada cengkaman zionis.

"Selama ini saya kurang cakna dengan isu-isu Palestin malah kurang arif apa yang berlaku di sana. Saya hanya tahu ada peperangan.

“Selepas bersama dalam program anjuran sekolah, saya sedar semua orang ada kewajipan untuk memastikan Palestin dibebaskan daripada cengkaman zionis dan bagi kita yang di Malaysia, sekecil usaha yang kita boleh lakukan adalah dengan berdoa dan menyebarkan kesedaran kepada orang sekeliling,” tuturnya.

No Image Caption



No Image Caption



Faiqihah Zahra (depan) memberitahu, program sedemikian memberi ilmu dan pengetahuan yang luas mengenai negara Palestin.
Faiqihah Zahra (depan) memberitahu, program sedemikian memberi ilmu dan pengetahuan yang luas mengenai negara Palestin.



No Image Caption



No Image Caption



No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok