No Image Caption

Misi Hidup Lebih Sihat

11 Sep 2023 01:57pm

Trend peningkatan remaja menghisap rokok dilihat sangat membimbangkan berikutan ada antara mereka sudah berjinak dengan produk tembakau itu bermula seawal usia 10 tahun.

Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tahun lalu, kanak-kanak bawah 12 hingga 18 tahun jika dahulu hanya 12 peratus yang menghisap rokok namun kini meningkat kepada 20 peratus.

Remaja adalah golongan yang mudah terdedah dengan tingkah laku berisiko merokok dan ini disokong berdasarkan hasil tinjauan pada 2017 yang mendapati 13.8 peratus remaja berusia 13 hingga 17 tahun adalah perokok.

Masalah ini wajar ditangani segera dan semua perlu memainkan peranan kerana ia tidak hanya terletak pada bahu satu pihak sahaja.

Marilah kita bersama-sama bekerjasama dalam usaha melahirkan sebuah generasi yang berkualiti.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp