No Image Caption

Program Pendidikan Khas: Integrasi kemenjadian murid berkeperluan khas

03 Jul 2023 04:03pm

Pendidikan khas di negara ini diwujudkan dalam usaha membantu kanak-kanak luar biasa berhadapan cabaran dalam pembelajaran hingga ke alam pekerjaan.

Semakin mendapat perhatian, hari ini pendidikan khas dilihat penting kerana rata-rata masyarakat berpendapat anak-anak luar biasa ini seharusnya mendapat hak pendidikan yang sama seperti pelajar normal lain dan mengelakkan keciciran pendidikan dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU).

Untuk itu, usaha berterusan terhadap pendidikan khas perlu diadakan bagi memastikan golongan ini mendapat pendidikan berkualiti selaras keperluan unik.

Mereka perlu disalurkan pengetahuan dan kemahiran bersesuaian agar dapat bersaing dengan orang normal yang lain.

Menjadi harapan semua agar kanak-kanak berkeperluan khas ini tidak ketinggalan dalam pendidikan selaras dengan konsep ‘Pendidikan Untuk Semua’.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp