Tudung sekolah putih nila/mutiara adalah tudung yang dipakai bagi semua murid biasa. Kredit foto: Facebook SK Pekan Nanas
Tudung sekolah putih nila/mutiara adalah tudung yang dipakai bagi semua murid biasa. Kredit foto: Facebook SK Pekan Nanas

7 warna tudung sekolah yang membawa maksud berbeza

ROSHLAWATY MD RAIEH
13 Feb 2023 06:06pm
A
A
A

Selain tudung berwarna putih, ada beberapa warna lagi yang dipakai oleh pelajar ketika mereka berada di sekolah.

Kepelbagaian warna tudung yang digayakan mereka bukanlah sekadar mahu mencantikkan diri sebaliknya tudung yang dipakai itu membawa maksud tertentu mengikut sekolah masing-masing.

Tahukah adik-adik, maksud disebalik setiap warna tudung berkenaan?

Jom, Sinar Bestari kongsikan makna tudung sebagai info untuk pelajar ketahui.

1) Tudung sekolah putih nila

Warna putih nila merupakan warna utama bagi semua pelajar di sekolah. Kebiasaannya mereka akan memadankan tudung dengan kain berwarna biru gelap atau hitam bagi yang bersekolah rendah dan kain biru muda bagi sekolah menengah.

2) Tudung putih mutiara

Warna ini adalah salah satu warna putih yang dibenarkan oleh sekolah untuk dipakai bagi semua pelajar biasa.

Artikel Berkaitan:

3) Tudung biru muda

Biru muda dikhususkan untuk pengawas sekolah sahaja dan dipadankan dengan baju berwarna biru muda serta kain biru gelap atau hitam.

Ia adalah warna standard yang dipakai kebanyakan pelajar yang menyandang jawatan sebagai pengawas sekolah

4) Tudung hitam

Tudung sebegini akan dipakai ketika aktiviti kokurikulum dijalankan dan sesi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

5) Tudung kuning muda

Bagi pengawas perpustakaan, warna kuning muda adalah warna standard mereka.

6) Tudung hijau gelap

Warna ini adalah warna tudung sekolah khusus untuk pelajar yang menyertai Kadet Remaja Sekolah (KRS). Ia dipadankan dengan baju berlengan panjang KRS atau uniform KRS.

7) Tudung merah jambu

Tudung ini lazimnya bagi pelajar yang menjadi ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia (unit beruniform). Ia akan dipadankan dengan baju berwarna putih dan seluar merah jambu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok