Sebanyak lapan planet yang terdapat dalam sistem suria iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.
Sebanyak lapan planet yang terdapat dalam sistem suria iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.

8 planet utama dalam sistem suria

ROSHLAWATY MD RAIEH
14 Feb 2023 06:50pm
A
A
A

Bumi merupakan satu-satunya planet yang mempunyai kepelbagaian hidupan dalam sistem suria.

Ini kerana bumi mempunyai jarak yang optimum dari matahari dan dilindungi daripada sinaran suria yang berbahaya oleh medan magnet.

Berdasarkan fakta, planet ini terletak dalam sistem suria bersama-sama dengan tujuh lagi planet yang lain.

Tahukah adik-adik, apakah tujuh planet yang terdapat dalam sistem suria tersebut?

Jom Sinar Bestari kongsikan secara ringkas nama-nama planet dan latar belakangnya sebagai panduan guru dan pelajar.

1) Utarid

  • Merupakan planet yang paling hampir dengan matahari iaitu kira-kira 57.9 juta kilometer (km). Ia juga planet terkecil dalam sistem suria. Permukaan di Utarid lebih kurang sama dengan permukaan bulan contohnya kawah-kawah asteroid dan tebing yang puluhan km tinggi.
  • Artikel Berkaitan:

  • Di permukaan Utarid, matahari kelihatan dua setengah kali ganda lebih daripada saiznya di bumi. Namun, disebabkan ketiadaan atmosfera, cahaya tidak dapat diserakkan. Akibatnya, langit kelihatan gelap seperti di angkasa lepas. Di permukaan Utarid juga, Zuhrah dan Bumi kelihatan seperti bintang yang sangat cerah.

2) Zuhrah

  • Zuhrah atau Kejora (Venus) merupakan planet kedua terdekat dengan matahari dan lebih dikenali planet paling panas. Saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya adalah hampir sama dengan Bumi.
  • Zuhrah tidak mempunyai lautan tetapi mempunyai atmosfera yang mengandungi peratus gas karbon dioksida yang tinggi, tidak mempunyai wap air tetapi mempunyai titisan asid sulfurik.

3) Bumi

  • Bumi merupakan planet ketiga dalam sistem suria. Ia adalah rumah kepada jutaan spesies termasuklah manusia.
  • Pembuktian saintifik menunjukkan planet ini telah terbentuk kira-kira 4.54 billion tahun yang lalu dan dikatakan berusia 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta km.

4) Marikh

  • Dikenali sebagai planet merah kerana kandungan besi oksida dalam tanah. Ia mempunyai dua bulan iaitu Phobos dan Deimos. Marikh mempunyai kutub yang mengandungi air beku dan karbon dioksida.

5) Musytari

  • Musytari merupakan planet kelima dan terbesar di dalam sistem suria. Terdapat lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari antara planet Marikh dan Musytari.

6) Zuhal

  • Planet yang terkenal dengan keindahan sistem gegelang antaranya memiliki 60 bulan mengorbit planet ini.

7) Uranus

  • Warnanya yang biru pucat kerana komposisi air, ammonia dan kristal air metana.

8) Neptun

  • Neptun merupakan planet terakhir dan paling jauh dari matahari dalam sistem suria.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok