
Kuasai seni rejaman lembing
1. Genggaman lembing
• Terdapat tiga jenis genggaman asas iaitu American Grip, Finnish Grip dan Fork Grip.
• Atlet perlu memastikan genggaman kemas tetapi tidak terlalu ketat supaya lembing boleh dilepaskan dengan lancar.
2. Posisi badan
• Atlet perlu berdiri tegak dengan bahu selari ke arah sasaran.
• Lembing perlu dipegang pada paras kepala, hujung lembing perlu dicondongkan sedikit ke bawah. Pandangan atlet perlu fokus ke arah balingan.
3. Larian permulaan
• Atlet perlu lari dengan langkah kecil dan konsisten. Pastikan lembing sentiasa selari dengan bahu, tidak terhayun ke atas atau ke bawah.
• Atlet perlu tingkatkan kelajuan secara berperingkat, disarankan jangan tergesa-gesa di awal larian.
4. Langkah silang
• Langkah terakhir sebelum balingan, kaki kanan perlu silang ke hadapan. Tubuh dicondongkan sedikit ke belakang untuk mengumpulkan tenaga.
5. Lontaran
• Hentakkan kaki kiri di garisan balingan untuk berhenti. Badan atlet perlu dipusingkan, tangan kanan diluruskan untuk melepaskan lembing. • Sudut lontaran terbaik sekitar 30 hingga 36 darjah untuk pendaratan lembing.
6. Fokus kekuatan dan kelajuan
• Atlet perlu memberi tumpuan kepada kekuatan teras, bahu dan kaki. Latihan cadangan adalah tekan tubi, plank, squat dan lompat bintang. • Amalkan regangan sebelum dan selepas latihan untuk elak kecederaan.