Projek seni kolaboratif adalah antara aktiviti yang boleh dilakukan pada minggu pertama persekolahan.
Projek seni kolaboratif adalah antara aktiviti yang boleh dilakukan pada minggu pertama persekolahan.

10 aktiviti menarik yang boleh dilaksanakan pada minggu pertama persekolahan, ini perkongsian Cikgu Siti Ainulmursyida

ROSHLAWATY MD RAIEH
17 Mar 2023 01:22pm
A
A
A

Seperti semua sedia maklum, minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024 yang bermula 19 Mac dan 20 Mac tidak akan melibatkan sebarang kelas akademik.

Pengumuman yang dibuat sendiri oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek itu dilihat terbaik dalam memberi ruang kepada guru dan pelajar untuk sesi suai kenal dan interaksi pada awal persekolahan.

Guru Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Orkid Desa, Kuala Lumpur, Cikgu Siti Ainulmursyida Shamsudin menyambut baik inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) yang mahukan minggu pertama persekolahan diisi dengan aktiviti menarik.

Justeru Cikgu Siti Ainulmursyida tampil dengan 10 idea kreatif yang mungkin boleh dilaksanakan pada awal persekolahan dibuka.

Jom lihat 10 senarai aktiviti hands-on yang dikongsi guru berasal dari Serdang, Kedah, ini seperti di petik Sinar Bestari menerusi blog https://www.cikguainul.com/

Aktiviti hands-on yang diketengahkan oleh Cikgu Siti Ainulmursyida ini bukan sahaja membantu murid sebagai persediaan untuk sesi pembelajaran tetapi juga memberi peluang kepada mereka berhubung dengan rakan dan guru dalam suasana yang santai.

1) Ice breaking game

Ice breaking game ini boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan untuk murid mengenali antara satu sama lain dan membina semangat komuniti di dalam bilik darjah.

Artikel Berkaitan:

Sebagai contoh, cikgu boleh meminta murid memperkenalkan diri mereka dan berkongsi sesuatu yang menarik tentang diri masing-masing atau bermain permainan seperti ‘Two Truths and a Lie’.

2) Projek seni kolaboratif

Melaksanakan projek seni secara kolaboratif boleh membantu murid membina kemahiran kerja berpasukan dan secara tidak langsung dapat membina 'sense of accomplishment.'

Misalnya, cikgu boleh meminta murid bekerjasama untuk mencipta mural atau arca besar menggunakan bahan kitar semula. Secara tidak langsung dapat juga mencantikkan laman sekolah.

No Image Caption

3) Eksperimen sains 'Science is Magic’

Menjalankan eksperimen sains yang mudah boleh membantu murid meneroka dan belajar tentang konsep saintifik serta mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah mereka.

Contohnya, cikgu boleh meminta pelajar menjalankan eksperimen dengan ketumpatan atau membuat elektromagnet mudah.

4) Scavenger hunt

Scavenger hunt boleh menjadi cara yang menyeronokkan untuk membiasakan murid dengan kelas dan peralatan yang ada di dalam kelas.

Contohnya, cikgu boleh senaraikan barangan untuk murid cari di dalam kelas seperti pembaris, buku nota, kamus dan kalkulator.

Scavenger hunt boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan kepada murid dan pelajar.
Scavenger hunt boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan kepada murid dan pelajar.

5) Pembentangan lisan atau oral presentation

Pembentangan lisan boleh menjadi cara yang baik untuk murid mengembangkan kemahiran pengucapan awam mereka dan meningkatkan kemahiran komunikasi mereka.

Cikgu boleh meminta murid menyediakan pembentangan ringkas tentang topik yang diminati atau minta mereka berkongsi tentang pengalaman percutian secara santai.

6) Permainan bahasa

Cikgu boleh melaksanakan permainan bahasa bersama murid seperti teka silang kata atau mencari perkataan dengan mengedarkan lembaran kepada murid. Permainan ini boleh dilaksanakan secara berkumpulan.

7) Permainan pemikiran kritis atau Critical thinking games

Permainan pemikiran kritis boleh membantu murid mengembangkan kemahiran analisis dan kebolehan menyelesaikan masalah mereka.

Guru boleh meminta murid bekerja dalam kumpulan kecil untuk bermain permainan seperti ‘Escape Room’ atau ‘Brain Teaser’ yang memerlukan mereka menggunakan logik dan penaakulan untuk menyelesaikan teka-teki dan masalah.

8) Senario main peranan atau Role-playing scenarios

Senario main peranan boleh membantu murid mengembangkan kemahiran komunikasi dan penyelesaian masalah di samping menggalakkan mereka berfikir secara kreatif.

Guru boleh menyediakan murid dengan senario seperti interaksi perkhidmatan pelanggan atau customer service interaction dan minta mereka bergilir-gilir memainkan peranan yang berbeza.

Aktiviti ini boleh digunakan dalam pelbagai subjek dan boleh disesuaikan agar sesuai dengan objektif pembelajaran tertentu.

9) Coding or technology project

Memperkenalkan murid kepada pengekodan atau projek teknologi lain seperti robotik boleh membantu mereka mengembangkan kemahiran penting untuk masa hadapan.

Sebagai contoh, guru boleh meminta murid membuat laman sesawang mudah atau belajar cara mengekod permainan video mudah.

Aktiviti coding or technology project yang pernah dilaksanakan SMK Orkid Desa sebelum ini.
Aktiviti coding or technology project yang pernah dilaksanakan SMK Orkid Desa sebelum ini.

10) Mewarna dan sesi coretan

Mewarna dan sesi coretan atau menconteng boleh menjadi cara terbaik untuk murid berehat, menghilangkan tekanan dan menumpukan perhatian mereka. Aktiviti ini boleh dilakukan di dalam bilik darjah, di ruang sunyi, mahu pun di luar, bergantung kepada kemudahan sekolah dan keadaan cuaca.

Untuk menjalankan aktiviti, guru boleh menyediakan murid dengan kertas lukisan atau bekalan seni lain dan membenarkan mereka mencipta reka bentuk sendiri atau mewarnakan templat coretan masing-masing.

Guru juga boleh memberi tajuk atau tema untuk memberi inspirasi kepada kreativiti mereka seperti alam semula jadi, haiwan atau corak abstrak. Guru boleh mainkan muzik yang mendamaikan untuk mewujudkan suasana tenang sepanjang beraktiviti.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok