10 kemahiran yang perlu murid Tahun Empat dan Lima fokus Mac 2024
Terdapat 10 kemahiran Matematik yang perlu dikuasai murid-murid Tahun Empat dan Lima pada Mac 2024.
Menurut Guru Matematik, Cikgu Mohamad Hakim Mohammad Nor, kemahiran-kemahiran itu terdiri daripada sebut nombor; tulis nombor dalam perkataan dan sebaliknya; nyatakan nilai digit dan nilai tempat; cerakin nombor mengikut nilai digit dan nilai tempat serta susun nombor tertib menaik dan menurun.
Seterusnya, nombor genap dan ganjil (Tahun Empat); nombor perdana (Tahun Lima); pola nombor; anggar kuantiti dan bundar.
“Ini adalah panduan penting untuk ibu bapa peka dengan kemahiran Matematik anak masing-masing.
“Senarai semak ini adalah untuk Mac sahaja dan jika murid mampu kuasai, memang sudah cukup bagus.
“Saya katakan begitu kerana kebanyakkan pengetahuan dan kemahiran berkenaan, sudah pun murid belajar di tahun-tahun sebelumnya,” tulisnya di Facebook, pada Khamis.