No Image Caption

15 panduan yang perlu calon rujuk sebelum menduduki peperiksaan!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
18 Nov 2024 07:35pm

Pelajar sering merasa takut untuk menduduki peperiksaan disebabkan beberapa faktor utama.

Salah satunya adalah tekanan untuk mencapai keputusan yang baik terutama apabila ada harapan tinggi dari ibu bapa atau guru.

Selain itu, kurangnya persediaan yang mencukupi, ketidaktahuan tentang format peperiksaan dan pengalaman negatif dari peperiksaan terdahulu juga boleh menambah kebimbangan pelajar tersebut.

Bagi mengurangkan rasa gementar yang dihadapi, Sinar Bestari kongsikan 15 tip kepada para pelajar sebagai persediaan buat mereka sebelum peperiksaan bermula.

1) Sediakan ruang belajar yang sesuai

Pastikan mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja selesa? Adakah permainan komputer tidak dapat dilihat dan mengganggu? Cuba hapuskan semua gangguan dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulang kaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu.

Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda serta luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik semasa mengulang kaji.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

2) Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Peringatan, latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang ditetapkan.

3) Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard di samping membolehkan ingatan kekal dan berpanjangan.

4) Peruntukan masa yang secukupnya untuk mengulang kaji

Jangan belajar saat akhir. Walaupun sesetengah pelajar boleh mengharungi perkara ini tetapi hampir keseluruhan cerdik pandai menyatakan bahawa (ia diterima secara meluas bahawa untuk kebanyakan kita) ini bukan cara terbaik mendekati peperiksaan.

Untuk membantu menguruskan pengurusan masa anda, sediakan jadual waktu mengulang kaji pelajaran. Tuliskan dan hafal jadual peperiksaan yang akan diambil. Kemudian sediakan perkara-perkara yang perlu diulang kaji bersesuaian dengan jadual. Pelajar mungkin mahu memberi tumpuan dan memperuntukkan masa yang lebih kepada subjek-subjek tertentu, jadi dapatkan keseimbangan yang anda rasa selesa.

Tetapi sekiranya ia terjadi (belajar saat akhir), belajarlah atau utamakan mata pelajaran yang masih belum calon kuasai. Dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

No Image Caption

5) Gunakan carta aliran dan gambar rajah

Buatkan carta alir atau gambar rajah untuk dapatkan idea dalam format ringkas, yang mana ini dapat membantu anda dengan cepat mengingati semua yang perlu diketahui semasa peperiksaan.

6) Jelaskan jawapan anda kepada orang lain

Untuk topik-topik yang melibatkan kemahiran hidup, sentiasa bertanya, berbual dan berbincang dengan ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan sama ada ketika bersarapan, bermain, menonton dan sebagainya.

Gunakan mereka untuk keuntungan anda. Latihkan diri dengan bertanya dan menerangkan jawapan soalan kepada mereka. Ini akan membantu dalam mendapatkan idea yang lebih jelas di minda.

7) Belajar berkumpulan

Pembelajaran secara berkumpulan adalah cara mengulang kaji yang sangat berkesan. Pelajar mungkin mempunyai soalan yang mempunyai jawapan dan begitu juga dengan rakan-rakan. Pastikan kumpulan mempunyai peraturan dari segi perbincangan dan masa ditetapkan.

No Image Caption

8) Banyak mengingat dan membuat kajian

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda guna untuk mengingat antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

9) Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

(a) Sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

(b) Pada hari peperiksaan, bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal dan pastikan pelajar bersarapan terlebih dulu.

(c) Selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan terpesong atau salah.

10) Kesan makanan ringan ke atas otak

Jauhkan diri dari makanan ringan. Jaga badan dan otak sebaik mungkin dengan memilih makanan berkhasiat seperti ikan, kacang, yogurt dan blueberry. Perkara yang sama juga perlu diamalkan ketika hari peperiksaan.

No Image Caption

11) Minum banyak air

Pastikan anda minum banyak air sepanjang mengulang kaji dan juga pada hari peperiksaan.

12) Ambil rehat secara teratur dan secukupnya

Semua orang berbeza, jadi buatlah satu rutin pembelajaran yang berfungsi dan sesuai dengan diri calon. Sekiranya belajar lebih baik pada waktu pagi, mulailah lebih awal sebelum berehat untuk makan tengah hari. Atau, jika anda lebih produktif waktu malam, ambil rehat yang secukupnya pada sebelah petang.

13) Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, pelajar seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya ALLAH SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

No Image Caption

14) Mohon restu

Mintalah restu dengan ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan dan semua orang termasuklah tukang kebun sekolah. Mereka inilah yang menyumbang kepada pembelajaran dan membina kehidupan anda secara langsung ataupun tidak langsung. Dengan restu dan doa mereka, insya-ALLAH segala-galanya akan berjalan lancar.

15) Berdoa dan bertawakal

Berdoa dan tawakal kepada ALLAH kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri malah mencapai kejayaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp