Sukan Frisbee boleh dimainkan secara berpasukan iaitu campur lelaki dan perempuan atau perempuan sahaja dan lelaki sahaja.
Sukan Frisbee boleh dimainkan secara berpasukan iaitu campur lelaki dan perempuan atau perempuan sahaja dan lelaki sahaja.

6 teknik bermain frisbee

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
18 Mar 2025 03:56pm

1) Pengenalan

  • Ultimate Frisbee adalah sukan berpasukan yang menggunakan cakera plastik (frisbee) dan dimainkan tanpa sentuhan (non-contact). Sukan Frisbee ini juga boleh dimainkan secara berpasukan iaitu campur lelaki dan perempuan atau perempuan sahaja dan lelaki sahaja.

2) Struktur permainan:

a) Bilangan pemain

b) Padang & Zon Gol

  • Bentuk segi empat (mirip padang bola).
  • Mempunyai dua zon gol di hujung padang.
  • Biasanya 100m panjang dan 37 meter lebar, dengan zon gol sepanjang 18 meter setiap satu.

3) Cara bermain

a) Permulaan permainan (pull)

  • Pasukan pertahanan akan melempar frisbee jauh ke arah pasukan lawan sebagai tanda permulaan permainan (defence).
  • Pasukan yang menerima frisbee akan memulakan serangan dari tempat frisbee jatuh (offence).

b) Menggerakkan frisbee

Pemain tidak boleh berlari sambil memegang frisbee. Mereka hanya boleh:

  • Berpusing pada satu kaki (pivot) untuk mencari rakan sepasukan.
  • Menghantar frisbee kepada rakan sepasukan.
  • Pemain hanya boleh memegang frisbee selama 10 saat sebelum melakukan hantaran kalau tidak akan turnover (pasukan yang defence akan offence dan sebaliknya).

c) Menjaringkan Mata

  • Satu mata diberikan apabila seorang pemain menangkap frisbee dalam zon gol lawan.
  • Selepas menjaringkan mata, pasukan bertukar arah dan pasukan yang menjaringkan mata akan melakukan pull untuk meneruskan permainan seterusnya.

4) Peraturan utama

  • Jika frisbee jatuh, dipintas atau keluar padang, pasukan lawan akan mendapat giliran menyerang.
  • Tiada sentuhan fizikal dibenarkan (jika ada pelanggaran, boleh minta foul dan permainan akan dihentikan seketika).
  • Tiada pengadil dalam Ultimate Frisbee - pemain sendiri yang bertanggungjawab memastikan permainan adil (konsep spirit of the game) - pemain wajib tahu peraturan.

5) Teknik hantaran asas

  • Balingan kilas
  • Lontaran hadapan

6) Sistem permainan

  • Pasukan yang mencapai jumlah mata tertentu lebih dahulu (contohnya: 13 atau 15 mata) akan menang.
  • Dalam kejohanan, ada had masa permainan (biasanya 60-90 minit).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp