
6 tip sambung belajar di luar negara
1) Dapatkan keputusan cemerlang dalam SPM
Pastikan pelajar memperoleh keputusan cemerlang terutama subjek Sains seperti Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Terdapat sesetengah universiti mengambil kira mata pelajaran Bahasa Inggeris.
2) Pilih negara sesuai dan semak syarat kemasukan
Pelajar perlu mengenal pasti negara atau universiti yang menawarkan program perubatan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia iaitu Malaysian Medical Council (MMC).
Setiap universiti mempunyai syarat berbeza seperti kelayakan akademik, temu duga dan ujian kemasukan.
3) Mohon biasiswa atau pinjaman pendidikan
Kos pengajian perubatan di luar negara boleh mencecah ratusan ribu ringgit, jadi pelajar perlu pertimbangkan biasiswa seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); Majlis Amanah Rakyat (Mara untuk bumiputera) dan biasiswa kerajaan negara tertentu (Rusia, Turki, Mesir).
4) Mempersiapkan diri untuk ujian kemasukan dan temu duga
Ada sesetengah universiti memerlukan pelajar lulus ujian seperti Ujian Aptitud Klinikal Universiti (UCAT); BioMedical Admission Test BMAT (Malaysia); Ujian Kemasukan Perubatan Antarabangsa IMAT (Perubatan Inggeris) dan latih kemahiran berkomunikasi.

5) Perlu kuasai bahasa, budaya dan kehidupan komuniti
Sekiranya pelajar ingin belajar di luar negara, mereka perlu mengetahui secara asas penggunaan bahasa tempatan negara tersebut. Pelajar juga perlu fahami sistem pendidikan, kos sara hidup dan persekitaran di negara terpilih.
6) Sedia mental dan emosi
Belajar perubatan adalah perjalanan yang mencabar dan memerlukan komitmen tinggi. Pelajar perlu mempunyai semangat, ketahanan mental dan disiplin untuk mengharungi tempoh pengajian yang panjang.