7 tip yang perlu ibu bapa lakukan di rumah dalam mendidik anak menulis dengan cantik dan kemas!
Tujuh cara yang ibu bapa dan penjaga boleh lakukan di rumah dalam mendidik anak-anak mahir menulis dengan cantik dan kemas.
Tip-tip tersebut terdiri daripada;
1) Sediakan tempat selesa untuk anak-anak berlatih menulis
Sebelum mengajar anak-anak menulis dengan kemas, anda harus menyediakan tempat yang selesa terlebih dahulu. Pastikan mereka boleh berlatih menulis di atas kerusi dan meja yang stabil serta sesuai dengan saiz fizikal anak. Tujuannya agar dapat duduk dengan postur badan yang baik.
Elakkan menggunakan meja atau kawasan yang terlalu tinggi kerana kedudukan anak ketika belajar menulis boleh mempengaruhi pergerakan tangan sekali gus menjadikan tulisan tidak kemas.
2) Suasana yang menenangkan
Selain menyediakan tempat dan kemudahan selesa, jangan lupa mengajar anak-anak menulis dengan cara menyeronokkan misalnya ketika menyanyi atau bermain. Kebanyakan kanak-kanak gemar belajar menulis dengan perkara menarik seperti menggunakan buku berwarna dan gambar.
3) Melatih kemampuan mereka untuk mencengkam
Hari ini, kanak-kanak dilihat lebih kerap menaip di tablet atau komputer riba. Hasilnya, dia mungkin lebih mahir menaip daripada menulis. Ini menjadikan kemampuan menggenggam mereka tidak dilatih dengan betul.
Menurut jurnal Advance in Psychiatric Treatment, tulisan tangan bermanfaat untuk kesihatan tubuh kanak-kanak secara keseluruhan. Oleh itu, sebelum mengajar kanak-kanak cara menulis dengan cantik, bangunkan kemahiran mencengkam terlebih dahulu dan antara perkara yang boleh meningkatkan kekuatan tangan mereka adalah dengan bermain tanah liat.
4) Minta bantuan guru di sekolah
Kanak-kanak yang menghadiri tadika biasanya sudah mula belajar menulis di sekolah. Bagaimanapun, jika anda mahu mereka menjadi lebih mahir, praktis juga kemahiran menulis ketika berada di rumah.
Minta bantuan guru untuk menyediakan kertas latihan menulis yang perlu dilakukan di rumah. Tujuannya agar anak-anak merasa wajib menyiapkannya sebagai salah satu kerja sekolah yang diberi oleh guru.
5) Ajar mereka menulis huruf menggunakan corak
Ajar mereka cara melukis garis dan tunjukkan kepadanya daripada mana huruf harus bermula. Sekiranya perlu, buat corak menggunakan titik-titik yang membentuk setiap huruf supaya mereka dapat menulis mengikut corak.
Dengan melakukan ini, anak-anak pastinya akan terbiasa menulis menggunakan corak yang telah dibuat. Kaedah sedemikian dapat menjadikan tulisan tangan kanak-kanak lebih kemas dan senang dibaca.
6) Beri hadiah
Kanak-kanak di awal usia biasanya akan lebih teruja untuk belajar menulis apabila diberi hadiah sebagai ganjaran. Oleh itu, berikanlah hadiah yang disukai mereka sebaik sahaja selesai latihan menulis.
Untuk lebih menarik, hadiah yang diberi boleh dibuat mengikut kualiti tulisan. Semakin kemas tulisannya, semakin menarik hadiah yang diberikan. Paling penting, jangan lupa juga untuk memberi pujian kepada mereka.
7) Biarkan mereka beimaginasi
Bukan hanya bentuk tulisan yang perlu dilatih, kandungan tulisan mereka juga mesti diasah. Kemahiran literasi kanak-kanak dapat dilatih dengan membiasakan diri menulis sejak usia awal. Biarkan mereka bebas berimaginasi dengan menulis kisahnya sendiri. Sebagai contoh dengan menulis surat kepada ayah, ibu dan rakan-rakannya.
Selain mengajar anak-anak menulis dengan lebih kemas, aktiviti ini juga dapat merangsang kebolehan kognitif mereka. Di samping itu, mereka juga dapat dilatih untuk menyatakan pendapat dan perasaan kepada orang lain.