
Bukan sahaja peserta merasai pengalaman ini, namun cikgu-cikgu pengiring dan ibu bapa yang hadir sama-sama belajar mengenai dunia media.
'Asalkan anak celik dunia digital'
Seorang ibu sanggup meluangkan masa demi memastikan anakanaknya dapat menyertai Latihan Industri TV PSS di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam.
Meskipun agak jauh dari kediamannya di Perak, semangat dan sokongan yang ditunjukkan Suhana Kamis, 48, mencerminkan betapa pentingnya pendidikan kepada dunia media untuk masa depan anak-anak.

Suhana
Dia membawa dua daripada empat anaknya ke Latihan Industri TV PSS bagi mendedahkan dunia digitalisasi kini kepada mereka.
“Kadang-kadang guru di sekolah tiada masa untuk membawa pelajar ke program luar,” katanya.
Tambah Suhana, inisiatifnya membawa anak-anaknya ke program luar sekolah bagi memberi peluang supaya mereka lebih yakin dengan diri sendiri.