TP mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan dalam kurikulum.
TP mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan dalam kurikulum.

Di sebalik makna Tahap Penguasaan pelajar

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
21 Feb 2024 04:56pm

Acap kali kita mendengar para pelajar mendapat Tahap Penguasaan (TP) tertentu dalam pencapaian bagi setiap mata pelajaran yang diambil.

TP yang diberi guru kepada pelajar mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan dalam kurikulum.

Terdapat enam TP yang digunakan oleh cikgu kepada anak-anak didik mereka.

TP itu terdiri daripada TP 1, TP 2, TP 3, TP 4, TP 5 dan TP 6.

Apakah maksud di sebalik TP berkenaan?

Jom, Sinar Bestari kongsikan keseluruhan makna setiap TP.

TP 1: Tahu

Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara asas.

Artikel Berkaitan:

TP 2: Tahu dan faham

Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam pelbagai bentuk komunikasi.

TP 3: Tahu, faham dan boleh buat

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi

TP 4: Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab

Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik

TP 5: Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji

Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik serta tekal dan bersikap positif.

TP 6: Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara analitik, sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp