Kredit foto: ferli/123rf
Kredit foto: ferli/123rf

Koleksi doa menghadapi peperiksaan, para pelajar boleh amalkan ini

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
16 Aug 2023 10:06am

Memandangkan Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) Sesi 2023/2024 sedang berlangsung di sekolah masing-masing, Sinar Bestari tampil dengan perkongsian himpunan doa yang boleh diamalkan para pelajar yang sedang dan bakal menduduki peperiksaan.

Antara doa-doa tersebut adalah doa supaya mudah faham pelajaran; doa sebelum masuk ke dewan peperiksaan; doa apabila lupa semasa menjawab soalan peperiksaan; doa mohon kejayaan cemerlang serta doa dan zikir tambahan.

Berikut koleksi doa seperti dipetik daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

1) Doa supaya mudah faham pelajaran

Allahummar zuqnaa fahman nabiyyiina wa hifzol mursaliina walhaamal malaaikatil muqorrobiina fii ‘aafiyah, yaa arhamar rohimiin

Maksudnya: “Ya ALLAH, kurniakanlah kami kefahaman para nabi dan hafalan para rasul serta ilham para malaikat yang hampir dengan Engkau, kurniakan kami kesihatan, wahai Tuhan Yang Amat Pengasih”

2) Doa sebelum masuk ke dewan peperiksaan

Robbanaa aatina mil ladunka rahmatan wahayyi’ lanaa min amrina roshada

Artikel Berkaitan:

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Kurniakan kepada kami rahmat dari sisi-Mu dan beri kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”

3) Doa apabila lupa semasa menjawab soalan peperiksaan

Subhaana mal laa yanaamu walaa yas huu. Allahumma zakkirnii maa nasiitu

Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkan aku apa-apa yang aku lupa”

4) Doa mohon kejayaan cemerlang

Allahumma innii as a lukal fauza ‘indal qodho i wa manaazilasyuhadaa i wa ‘aisyas su’adaa i wan nosru ‘alal a’daa i.

Maksudnya: “Ya ALLAH, kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan dan tempat para syuhada kehidupan orang-orang bahagia dan kemenangan ke atas musuh”

5) Doa dan zikir tambahan

Istighfar (70 kali)

Ya Latiff (100 kali)

Ya Fattah Ya Wahhab (25 kali)

Rabbi Yassir Wakaa Tu’assir Yaa Kariim (25 kali)

Surah As-Syarh (Alam Nasyrah Laka Sodrak) (tiga atau lapan kali)

Surah al-Quraisy (tiga atau lapan kali)

Robbisy Roh Li Sodri (tiga kali)

Diharapkan dengan amalan doa yang istiqamah dan berterusan ini, para calon diberikan ketenangan, kesihatan dan dibukakan keluasan fikiran ketika menjawab soalan. Insya-ALLAH.

Dalam pada itu, Sinar Bestari turut sertakan sebahagian zikir yang boleh diamalkan ibu bapa sepanjang anak-anak menduduki peperiksaan.

Zikir hasil perkongsian pendakwah terkenal, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa terdiri daripada;

1) Allahumma (sekali)

Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid (40 kali)

Ya ALLAH. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik.

2) Allahumma (sekali)

Ya Zohir (40 kali)

Ya ALLAH kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anakku kerana Kau Maha Menampakkan.

3) Allahumma (sekali)

Ya Fatah (40 kali)

Ya ALLAH bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul.

4) Allahumma (sekali)

Ya Baari' (40 kali)

Ya ALLAH aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu untuk Kau uruskan sebaik-baiknya sepanjang peperiksaan ini Ya ALLAH.

Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya untuk menjawab dengan pimpinanMu Ya Hadi.

Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya ALLAH. Aku tiada daya upaya.

Ulang dan ulang.

Moga perkongsian ini dirahmati ALLAH.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp