Gambar hiasan - Kredit foto Freepik
Gambar hiasan - Kredit foto Freepik

Latihan konsisten mampu kuasai matematik dalam kelas

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAMNADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
30 Mar 2023 11:19pm

Sesi persekolahan yang bermula pada 19 dan 20 Mac ini menuntut para pelajar menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran baharu.

Bahkan, sebagai ibu bapa, sudah pasti inginkan anak-anak menimba ilmu dalam persekitaran kelas kondusif untuk mengecapi kejayaan dalam pelajaran mereka.

Begitupun, subjek Matematik mungkin antara mata pelajaran yang memerlukan pelajar-pelajar memberi tumpuan untuk lebih memahami sekali gus dapat menguasai dengan baik.

Zainal Zulia.
Zainal Zulia.

Pengasas portal dan tuisyen online Akademi ZZ, Zainal Zulia Zainuddin berkongsi lima tip dalam menarik minat anak-anak mempelajari subjek kira-kira ini.

1. Latihan konsisten

Matematik adalah subjek yang memerlukan latihan berterusan untuk memahami dan menguasainya. Justeru, pelajar-pelajar perlu sentiasa melakukan latihan agar dapat memberi tumpuan di dalam kelas.

2. Fokus pada asas

Artikel Berkaitan:

Para pelajar terlebih dahulu perlu menguasai asas matematik. Ia berikutan penguasaan tersebut dapat membantu dalam memahami dan mempelajari topik-topik lebih kompleks. Untuk menguasai perkara asas, ia dapat dilakukan dalam kelas dengan menumpukan perhatian kepada pengajaran guru.

3. Bertanya dan mencari bantuan

Sebagai pelajar tidak sepatutnya timbul soal segan untuk bertanya kepada pendidik terutama apabila berada di dalam kelas. Mereka juga perlu bertanya kepada rakan sekelas jika tidak memahami mengenai sesuatu berkaitan matematik.

4. Sumber tambahan

Selain buku teks, sumber rujukan tambahan seperti video tutorial, latihan dalam talian atau aplikasi matematik dapat membantu memahami konsep-konsep matematik.

5. Amalkan pemikiran kritikal dan berfikir secara kreatif

Matematik melibatkan pemikiran kritis dan logik. Oleh itu, amalkan untuk berfikir secara kreatif dan memecahkan masalah dengan cara yang berbeza.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp