Mahir dalam seni ikatan adalah skil asas yang mesti dikuasai setiap peserta perkhemahan.
Mahir dalam seni ikatan adalah skil asas yang mesti dikuasai setiap peserta perkhemahan.

Lima kemahiran ikatan peserta perkhemahan

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
23 Aug 2024 02:25pm
A
A
A

Kepentingan asas ikatan dalam perkhemahan tidak boleh dipandang ringan kerana tanpa ikatan yang betul, struktur khemah tidak akan stabil dan boleh mengundang bahaya sekali gus mengakibatkan khemah roboh.

Ahli badan beruniform seperti Pengakap, Pandu Puteri, Pergerakan Puteri Islam dan Persatuan Bulan Sabit Merah sudah tentu telah dididik dengan pelbagai kemahiran ikatan ketika mahu mendirikan khemah.

Antara contoh ikatan dipelajari mereka adalah ikatan simpul hidup dan simpul mati yang berperanan memastikan khemah dapat berdiri dengan kukuh.

Selain ikatan di atas, terdapat lima lagi kemahiran ikatan yang wajib pelajar badan beruniform ketahui sebelum memulakan aktiviti perkhemahan.

1) Ikatan Simpul Manuk

Digunakan untuk memulakan dan mematikan ikatan. Ikatan ini tidak mudah terurai dan sesuai mengikat tali pada tiang khemah dan menuruni bukit.

2) Ikatan Silang Gunting

Mengikat dua atau tiga batang kayu. Contohnya, membuat tripod. Ikatan ini kuat dan kukuh.

3) Ikatan Serong

Ikatan Serong untuk mengikat dua batang kayu yang bersilang. Ia kuat, kukuh dan sesuai membuat meja, kerusi dan tempat memasak.

4) Ikatan Lilit Balak

Digunakan untuk memulakan ikatan. Tidak mudah terurai dan sesuai digunakan untuk mengikatkan tali pada kayu yang bersaiz besar.

5) Ikatan Seraya

Mengikat dua batang kayu. Contohnya, membuat rakit, ampaian dan rak kasut. Ikatan ini kuat dan kukuh.

Sumber: Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok