Tudung hitam dipakai ketika aktiviti kokurikulum serta sesi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kredit: Facebook SMK Jalan Kebun
Tudung hitam dipakai ketika aktiviti kokurikulum serta sesi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kredit: Facebook SMK Jalan Kebun

Maksud di sebalik warna tudung sekolah

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
12 Sep 2024 01:30pm
A
A
A

Setiap warna tudung sekolah yang dipakai oleh pelajar bukan sahaja mencerminkan identiti mereka, tetapi juga membawa makna tersendiri yang melambangkan peranan dan tanggungjawab di sekolah.

Kebiasaannya, tudung berwarna putih sering dipakai bagi pelajar yang tidak memegang sebarang jawatan.

Sebaliknya, mereka yang diberi tugas dan tanggungjawab bagi jawatan tertentu, akan memakai tudung berbeza dengan pelajar biasa.

Tahukah adik-adik, maksud di sebalik setiap warna tudung berkenaan?

1) Tudung sekolah putih nila

Warna putih nila merupakan warna utama bagi semua pelajar di sekolah. Kebiasaannya mereka akan memadankan tudung dengan kain berwarna biru gelap atau hitam bagi yang bersekolah rendah dan kain biru muda bagi sekolah menengah.

2) Tudung putih mutiara

Warna ini adalah salah satu warna putih yang dibenarkan oleh sekolah untuk dipakai bagi semua pelajar biasa.

3) Tudung biru muda

Biru muda dikhususkan untuk pengawas sekolah sahaja dan dipadankan dengan baju berwarna biru muda serta kain biru gelap atau hitam.

Ia adalah warna standard yang dipakai kebanyakan pelajar yang menyandang jawatan sebagai pengawas sekolah.

Bagaimanapun, ada sesetengah sekolah menetapkan warna tudung yang berbeza untuk pengawas mereka misalnya tudung berwarna oren

4) Tudung hitam

Tudung sebegini akan dipakai ketika aktiviti kokurikulum dijalankan dan sesi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

5) Tudung kuning muda

Bagi pengawas perpustakaan, warna kuning muda adalah warna standard mereka.

6) Tudung hijau gelap

Warna ini adalah warna tudung sekolah khusus untuk pelajar yang menyertai Kadet Remaja Sekolah (KRS). Ia dipadankan dengan baju berlengan panjang KRS atau uniform KRS.

No Image Caption

7) Tudung merah jambu

Tudung ini lazimnya bagi pelajar yang menjadi ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia (unit beruniform). Ia akan dipadankan dengan baju berwarna putih dan seluar merah jambu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok