Sukan climbing mula debut pada temasya Olimpik Tokyo 2020. - Kredit foto Unsplash
Sukan climbing mula debut pada temasya Olimpik Tokyo 2020. - Kredit foto Unsplash

Sukan climbing bertaraf Olimpik. 5 info menarik yang pembaca perlu tahu!

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
22 May 2023 10:58am
A
A
A

Mungkin ramai tidak mengetahui sukan climbing telah membuat penampilan sulung pada temasya Olimpik Tokyo 2020.

Ia sekali gus memberi peluang kepada dunia menyaksikan sendiri sukan penuh cabaran berkenaan yang menggabungkan kelajuan, kekuatan dan ketangkasan atlet-atlet.

Sejak dua dekad lalu, sukan terbabit telah menjadi popular berikutan pembangunan dinding memanjat tiruan yang membolehkan orang ramai akses dengan mudah untuk mencuba sukan lasak itu.

Kejohanan Dunia pertama sukan climbing telah diadakan di Frankfurt, Jerman, pada 1991 sekali gus menandakan era baharu sukan climbing moden.

Sukan climbing mengambil langkah pertama di pentas Olimpik pada temasya Olimpik Belia Buenos Aires, Argentina 2018 sebelum debut secara rasmi di Tokyo, Jepun 2020.

Ia juga akan menjadi sebahagian daripada sukan yang bakal dipertandingkan pada Olimpik Paris 2024 dengan dua set pingat bagi setiap jantina.

Para atlet akan bersaing dalam satu acara yang menggabungkan tiga disiplin iaitu boulder, lead dan speed.

Berbanding hanya 40 atlet yang bertanding di Tokyo 2020, temasya Olimpik Paris akan menyaksikan sebanyak 68 atlet mengambil bahagian terbahagi kepada 28 dalam disiplin speed manakala 40 lagi gabungan boulder serta lead.

Sukan ekstrem berkenaan turut dimasukkan dalam program Olimpik Los Angeles, Amerika Syarikat yang akan diadakan pada 2028.

Sukan climbing membuktikan ia bukan sukan rekreasi ataupun lasak sahaja tetapi mampu mendapat pengiktirafan peringkat kejohanan dunia serta Olimpik.

Info

  • Rock climbing dipercayai dijadikan aktiviti rekreasi bermula pada akhir abad ke-19.
  • Pada 1985, climbing sebagai sukan kompetitif bermula di Bardonecchia berhampiran Turin, Itali dalam acara dikenali sebagai SportRoccia.
  • Setahun kemudian pertandingan pertama di atas tembok pendakian buatan telah dianjurkan di Vaulx-en-Velin berhampiran Lyon, Perancis.
  • Pada awal 1990-an, telah diputuskan acara antarabangsa akan diadakan pada infrastruktur yang direka agar tidak meninggalkan impak kepada persekitaran semula jadi.
  • Ia berikutan salah satu nilai teras sukan rock climbing adalah pemeliharaan alam sekitar dengan pendaki memikul tanggungjawab untuk menjaga tempat mereka mendaki.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok