Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan Anugerah Saidina Abu Bakar (Tokoh al-Riduan) kepada tokoh ilmuan Islam dan perundangan terkenal iaitu Almarhumah Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor yang diwakili Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (kiri) yang juga anak kepada Almarhumah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447H Peringkat Negeri Perak di Dewan Convention Casuarina, Meru pada Khamis.