Belajar main gitar secara sendiri, ini 7 tip yang boleh anda ikut

Iklan
juan-di-nella-7OQ1epuOC18-unsplash
Anda berminat main gitar? Bila dengar orang main, rasa cemburu. Nak main sendiri tapi tak pandai sangat.Jangan risau, sebenarnya alat muzik gitar ini boleh juga dipelajari secara sendiri, tetapi jangan hanya terus pergi ke komputer dan Google"cara bermain gitar", risau kalau tak dapat info yang betul dan langsung tidak dapat meningkatkan kemahiran diri.Oleh itu, sangat penting untuk mendapatkan tip bermain yang betul.Di bawah, Sinar Bestari akan berkongsi tujuh tip untuk para pemula yang mahu belajar bermain gitar.1. Belajar teknik secara teraturRamai orang main belasah saja bila belajar gitar. Itu sebabnya mereka bertahun-tahun pun tak maju ke mana. Mungkin awak pun ada kenal kawan-kawan yang cakap dia pandai main gitar, tapi bila awak dengar dia main, bukan sedap pun!Sebab itulah, jika nak main gitar kena belajar perkara-perkara asas seperti picking, strumming, pegang chords dengan baik dan dapatkan tone yang sedap didengar.Teknik bukan sekadar tahu picking tetapi juga teknik fretboard, maksudnya tahu keseluruhan fretboard macam dalam Rahsia Jadi Hero Major Scales.2. Belajar kords & main dengan selesaBanyak kords yang boleh dipelajari. Open chords, barre chords dan pelbagai kategori lain. Paling penting, kena fokus pada keselesaan tangan sendiri. Jangan stres sampai sakit sebab pegang tak betul.Dapatkan cikgu yang berpengalaman untuk bantu bila ‘stuck’ iaitu tak tahu bagaimana untuk melakukannya atau guna sahaja video pendidikan yang sesuai dengan apa yang dicari.Langkah Gitar Girang 2 ada cover pasal power chords secara teratur.Langkah Gitar Girang 3 pula cover pasal barre chords asas.3. Tahu chord progressions yang biasaBanyak chord progressions yang terkenal dan digunakan ramai orang. Macam C Am F G, C F G C dan juga Am G F E.Semua benda tersebut adalah standard chord progression untuk gitaris. Namun jangan risau, makin lama anda main gitar, benda ini akan jadi benda biasa.4. Cari lagu yang diminatiKalau suka Ed Sheeran, belajarlah lagu dia. Kalau suka Faizal Tahir, cari pula lagu dia. Paling penting kena guna lagu yang diminati untuk tingkatkan kemahiran sendiri.Ramai orang berhenti main gitar sebab rasa kena belajar lagu yang tidak menyeronokkan. Padahal kalau belajar lagu yang diminati, lagilah semangat nak main gitar!5. Fokus pada gitaris & pemuzik yang diminatiBila jumpa gitaris yang mempunyai stail yang diminati, kaji gaya mereka dan belajar apa yang dilihat daripada mereka. Kalau boleh jumpa mereka lagi bagus, boleh tanya soalan terus.6. Latih setiap hariSebenarnya tidak cukup jika dalam seminggu hanya dua kali sahaja berlatih. Lebih baik berlatih hari-hari walaupun hanya tujuh ke 10 minit.Konsisten tu penting!7. Rakam sesi latihan untuk dikajiRamai orang takut rakam permainan mereka sebab kalau dengar balik mungkin akan timbul rasa kecewa tetapi rakaman itulah cerminan kepada permainan awak. Rakam dan dengar balik. Lepas itu boleh perbaiki gaya muzik satu persatu.Semoga tip ini membantu anda menjadi seorang gitaris yang baik!S: azsamadlessons.comArtikel berkaitan Festival Muallim UPSI kukuhkan hubungan dengan masyarakat setempatUniKL penuhi impian untuk belajar di Korea SelatanMSU memperkasa kemahiran mahasiswa

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok