Tip membaca buku agar tidak bosan, Cikgu Wanny kongsi 5 cara mudah

Iklan
josh-applegate-p_KJvKVsH14-unsplash

Membaca buku akan menjadi seronok jika genre yang dibaca itu bersesuaian dengan jiwa si pembaca.

Iklan
Iklan

Bagaimana pula jika genre itu tidak disukai? Apakah cara yang tepat untuk tarik pembaca meneruskan bacaan mereka hingga ke akhir cerita?

Iklan

Menerusi Facebook Cikgu Wanny, ada dikongsikan tentang tip mudah membaca buku walaupun buku itu bukan pilihan sendiri.

Iklan

Jom tengok, apa kata guru cantik ini.

1) Mencari info awal terlebih dahulu tentang buku yang ingin kita baca

Kadang-kadang kita akan mudah terdedah dengan penyakit bosan apabila tidak mengetahui kepentingan dan tujuan untuk membaca buku tersebut. Kerana itu, perlunya mencari info terlebih dahulu sebelum membacanya.

Apabila kita membaca atau menonton video ulasan buku daripada orang lain, secara tidak langsung, ia menimbulkan keterujaan untuk mengetahui jalan cerita.

2) Pilih waktu yang kita selesa

Waktu sememangnya terkait dengan kualiti pembacaan seseorang.

Ada orang dia suka membaca pada waktu malam, ada orang dia suka membaca pada awal pagi.

Apabila waktu yang kita pilih itu bersesuaian, pemahaman juga akan menjadi lebih terkesan.

3) Tulis apa yang kita baca

Guna alat bantu membaca seperti jari, pen atau 'highlight' untuk mengawal gerakkan mata. Biasanya, mata akan mengalami sensitif terhadap gerakan.

Lebih baik lagi, sekiranya kita mengumpul dan mengutip isi-isi penting yang terkandung dalam buku tersebut. Kefahaman yang tersusun akan menyebabkan kita semakin teruja untuk mengetahui sehingga ke muka surat terakhir.

4) Wujudkan suasana yang tenang, nyaman dan selesa

Fitrah manusia suka pada hal-hal yang menenangkan. Suasana yang harmoni akan menyebabkan seseorang menjadi lebih khusyuk untuk melakukan sesuatu perkara. Apatah lagi kalau aktiviti itu melibatkan aktiviti pembacaan atau penulisan.

Ditambah pula, dengan aroma bau wangian lavender yang sungguh nyaman.

Aroma seperti bau wangian pudina dan limau mampu meningkatkan tahap ketinggian fokus seseorang.

5) Jangan membebankan fikiran dengan menganggap apa yang kita perlu baca itu terlalu panjang

Ini kerana, kita sentiasa membayangkan bahawa proses untuk mencari inti daripada bacaan kita itu berlaku dalam tempoh yang lama.

Akhirnya, diri sendiri terbawa-bawa dengan perasaan malas, putus asa dan bosan.

Sebab itu, masing-masing perlu ada target untuk menyelesaikan bacaan mengikut subtopik. Dengan cara ini, akan menyebabkan kita rasa lebih ringan.

Seandainya masih belum terasa berat, teruskanlah.

Sumber: Facebook Cikgu Wanny

Artikel berkaitan 

Guru Cemerlang kongsi apa yang perlu dikuasai cikgu sebelum menyediakan soalan ujian/peperiksaan

5 filem menarik yang boleh ditonton guru dan pelajar. Ini senarainya!

Ustaz Quszaini kongsi 4 kaedah mudah hafal surah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok