Misi bantuan kemanusiaan, UPM dan UTeM turun padang ringankan beban mereka banjir
Iklan
Ramai sukarelawan dari institusi pengajian tinggi (IPT) menawarkan diri secara sukarela bagi membantu mangsa yang terlibat dengan bencana banjir di beberapa daerah di Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka baru-baru ini.Antara IPT yang turut serta dalam misi bantuan kemanusiaan itu ialah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) .Bagi UPM, tragedi banjir yang melanda Selangor pada 18 hingga 20 Disember lalu telah membuatkan hampir 50 kakitangan mereka terjejas teruk akibat bencana alam tersebut.Untuk itu, UPM dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) melaksanakan Program Putra Cakna: Misi Bantuan Banjir kepada staf, alumni dan pelajar UPM yang terjejas.[caption id="attachment_31399" width="600"] Sebahagian sukarelawan UPM dan ARCUPM yang terlibat dalam Program Putra Cakna: Misi Bantuan Banjir, baru-baru ini.[/caption]Pengarah ARCUPM, Profesor Madya Dr Arba’ie Sujud berkata, pelbagai sumbangan makanan dan keperluan berjaya dikumpul daripada alumni dan diagihkan kepada mereka yang terjejas demi meringankan beban dan juga tanda solidariti kepada rakan yang terkesan.Baca juga Tip baiki komputer dan komputer riba ditenggelami airBaca juga Pelajar POLIMAS bergelumang dalam lumpur, bantu mangsa banjir di Bentong, Pahang"Antara alumni terawal yang hadir menghulurkan bantuan ialah Amco Niaga Sdn Bhd iaitu Mat Amin Jaafar (alumni kelas 1994) dan Yahya Bazlan Ismail (alumni kelas 1995) yang telah menyumbang 50 kampit beras dan 50 pek sumbangan berupa makanan kering untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir."Sumbangan ini juga datangnya daripada orang perseorangan yang ingin bersama-sama membantu dan meringankan beban yang dihadapi oleh mereka. Para pelajar UPM juga tidak terkecuali, mereka turut serta dalam misi pembersihan rumah, masjid dan pejabat yang teruk ditenggelami air," katanya.Dalam misi bantuan kemanusiaan tersebut, ARCUPM dan 33 pelajar Chapter Ambbasador Student (CSA) UPM turut pergi ke beberapa buah kawasan seperti Pusat Pertanian Meru, Klang, dan rumah staf UPM yang ditenggelami air sekitar Banting, Puchong dan Shah Alam bagi membantu mereka.Sementara itu, Pegawai Sains, Institut Biosains UPM, Arba’ah Md Salleh yang turut menjadi mangsa banjir berkata, kehadiran rakan-rakan dan pengurusan universiti dalam membantu urusan pembersihan telah memberinya semangat untuk bangkit kembali."Semangat yang hilang seakan kembali saat melihat ramai daripada kalangan pengurusan UPM, Pusat Perhubungan Alumni dan rakan-rakan lain serta pelajar datang membantu. Sebak, sayu, sedih semua bersatu."Ini ujian untuk kami dan untuk kita semua. Saya terima ini sebagai satu ingatan daripada ALLAH bahawa tiada yang kekal selain ketakwaan dan keimanan terhadapNya," ujarnya.