Sekolah tertua di Perak, SK St Micheal kaya dengan sejarah

Iklan
46080188_2307772906123874_1266878746590183424_n
Sekolah Kebangsaan (SMK) St Michael yang terletak di Jln Dato S P Seenivasagam, Ipoh, Perak merupakan salah sebuah sekolah tertua di negeri berkenaan yang mempunyai kekayaan dari segi sejarah pembentukannya.Bangunan ini telah didirikan pada tahun 1912 manakala SK St Michael yang turut dikenali dengan nama St Michael Institution diasaskan oleh dua orang mubaligh Kristian iaitu 'Father J.B. Coppin dan 'Father Visitor James Byrne'.Pada 1912, 'Father Byrne' memperoleh tapak sekolah ini dengan harga $6,000 pada waktu itu dan pada Disember tahun itu juga, sekolah ini dimulakan dengan 37 orang murid lelaki di dalam sebuah bangunan rumah Melayu separuh batu dan separuh kayu.Baca jugaRujukan bagi para guru baru, etika pemakaian ketika di sekolahPernas anjur Program Jejak Cemerlang, sasar peningkatan keputusan cemerlang pelajar SMK Seri PantaiTapak sekolah ini adalah sebahagian rumah perkampungan Melayu lama yang dikenali sebagai Kampung Pisang.Guru besar pertama sekolah ini ialah P.J. Mor Singh. Pada 16 0gos 1920, P.J. Mor Singh telah meletakkan jawatannya dan ia diambil alih oleh dua orang mubaligh Kristian, iaitu Brother Paul dan Vernier-Auguste.Arkitek sebenar yang mereka bentuk SK St Michael ini ialah 'Father Vernier-Auguste' yang juga mereka bentuk 'Chapel of St Francis Institution' di Melaka dan 'St John Institution' di Kuala Lumpur.Arkitek yang melakukan penyerahan kepada ‘Kinta Sanitary Board' pada waktu itu ialah 'Stark and McNeil'.Pada masa itu 'Kinta Sanitary Boardtarget="_blank"'>Pendudukan JepunPada 17 Disember, tentera British telah berundur semasa penaklukan Jepun dan sekolah ini telah dijadikan sebagai markas tentera Jepun dan bilik-bilik rawatan pesakit.Bangunan ini juga pernah dijadikan sebagai ibu pejabat pentadbiran negeri Perak dari tahun 1942 hingga 1945.Pada 23 disember 1941 kapal terbang Jepun pernah menembak bangunan tersebut dan menyebabkan kerosakan yang teruk seterusnya memaksa semua paderi lari dari sekolah ini.Sumber: Perpustakaan Desa Kuala Dipang