Komputer riba dengan harga murah, pelajar jangan cepat terpedaya

Iklan
Komputer Riba Penipuan

Komputer riba telah menjadi satu keperluan untuk semua pelajar. Lebih-lebih lagi apabila pandemik Covid-19 telah memaksa semua jenis pembelajaran dilakukan secara dalam talian.

Iklan
Iklan

Pelbagai jenis komputer riba boleh didapati dengan harga bermula sekitar RM 1,000 untuk sebuah unit yang baharu. Pelajar juga boleh membeli komputer riba terpakai dengan harga yang lebih murah mengikut spesifikasi dan keadaan komputer riba tersebut.

Iklan

Kebelakangan ini, ramai masyarakat gemar membuat pembelian secara dalam talian. Tidak dinafikan, ia memang sangat memudahkan.

Iklan

Instagram dan Facebook telah menjadi antara platform yang terkenal kepada sesiapa yang ingin mencari sebuah komputer riba yang baharu mahupun terpakai.

Namun, pelajar sentiasa harus diingatkan supaya tidak cepat terpedaya dengan harga yang ditawarkan.

Baca juga

Keliru untuk beli komputer riba yang sesuai? Ikuti 5 tip pemilihan komputer riba mengikut keperluan pelajar

Nak beli telefon ‘second-hand’ tapi takut ditipu? Baca tip ini dulu!

Menurut laporan daripada Sinar Harian, pelajar merupakan antara golongan yang paling banyak ditipu ketika pembelian komputer riba.

"Tawaran dua buah komputer riba dengan harga RM1,700 membuatkan seorang pelajar di sebuah universiti awam (UA) menjadi mangsa penipuan jual beli secara dalam talian.

Mangsa, Nur, 25, berkata, tawaran tersebut amat berbaloi bagi seorang pelajar memandangkan harga asal bagi kedua-dua komputer riba tersebut boleh mencecah sehingga RM5,000,” katanya dalam laporan yang dikeluarkan 3 Februari lalu.

Sindiket penipuan ini paling banyak dilakukan menerusi laman Instagram yang menawarkan harga komputer riba dengan potongan harga hampir separuh bagi sebuah unit komputer riba yang baharu.

Pelajar perlu peka dan mengenal pasti tanda-tanda awal penipuan supaya tidak menjadi salah satu mangsa sindiket berbahaya ini.

Kebiasaannya, akaun Instagram yang digunakan sebagai platform untuk menjual komputer riba memerlukan pembeli untuk membuat pesanan melalui aplikasi WhatsApp.

Pembelian secara dalam talian sudah terbukti lebih selamat apabila pembeli menggunakan platform aplikasi jual beli dalam talian seperti Shopee dan Lazada.

Hal ini kerana, pihak syarikat akan memegang duit pembeli terlebih dahulu sebelum diberikan kepada penjual.

Penipuan juga dapat dielakkan kerana duit hanya akan diberikan kepada penjual sekiranya barangan yang dipesan telah sampai dengan selamat dengan kondisi yang diiklankan.

Sehubungan itu, kali ini Sinar Bestari kongsikan antara tanda awal yang pelajar sendiri boleh kenal pasti sebelum tertipu dengan sindiket ini:

1. Akaun dengan puluhan ribu pengikut

Jumlah pengikut untuk akaun Instgram memainkan peranan besar dalam meyakinkan pembeli untuk membuat pembelian secara dalam talian.

Walau bagaimanapun, ia tidak lagi relevan untuk digunakan sebagai penanda aras sama ada kedai tersebut adalah salah satu sindiket penipuan komputer riba.

Ia kerana jumlah pengikut boleh dimanipulasi dan boleh dibeli. Cara mengelakkan daripada terjerut dengan penipuan ini adalah dengan melihat interaksi antara penjual dan pelanggan menerusi ruangan komen dan memastikan mereka adalah pemilik akaun yang sebenar.

2. Tidak dibenarkan COD

Sistem pembelian secara tunai atau Cash On Delivery (COD) merupakan kaedah pembelian yang paling selamat buat masa sekarang. Pembeli boleh melihat sendiri produk yang diinginkan dan membuat pembayaran sekiranya telah berpuas hati dengan produk tersebut.

Sindiket penipuan komputer riba yang telah berleluasa ini tidak akan sesekali membenarkan sistem pembelian COD diguna pakai. Pembeli hanya boleh melakukan pembayaran secara terus kepada akaun bank penjual.

3. Tiada kedai fizikal

Apabila ditanyakan kepada sindiket penipuan ini sama ada pihaknya mempunyai kedai fizikal yang mereka boleh datang bagi melihat produk dan barangan yang diiklankan, rata-rata akan menjawab yang mereka tidak mempunyai kedai fizikal.

Akan tetapi, ada juga yang akan mengatakan mereka mempunyai kedai fizikal yang terletak di lokasi terpencil seperti di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis. Lokasi seperti ini sering digunakan oleh sindiket penipuan agar pembeli berasa yakin untuk membuat pembelian.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

4. Dipaksa melakukan deposit atau pembayaran penuh

Pembeli akan dipaksa melakukan deposit atau pembayaran penuh dalam masa terdekat menggunakan alasan bahawa ramai juga yang sedang bertanya tentang barangan yang sama.

Penjual akan memaksa pelanggan membuat pembayaran supaya boleh mengunci barangan tersebut sebelum dibeli oleh orang lain.

Taktik ini akan membuatkan pelanggan yang terdiri daripada pelajar untuk membuat keputusan dengan cepat tanpa memikirkan implikasi yang mendatang agar tidak melepaskan peluang mendapatkan penawaran harga yang sangat rendah.

5. Bertanya kepada yang mahir

Bak kata pepatah Melayu, malu bertanya, sesat jalan. Peribahasa ini sesuai untuk menggambarkan situasi yang melanda pelajar di negara ini. Pelajar disaran dan digalakkan untuk bertanya terlebih dahulu kepada sesiapa yang mempunyai pengalaman ataupun mahir dalam bidang pembelian barangan komputer dalam talian.

Kini, pelajar boleh menggunakan platform Groups di Facebook untuk membuat sebarang pertanyaan. Banyak komuniti yang mahir boleh membantu pelajar membuat pilihan yang tepat.

Pelajar hanya perlu meletakkan gambar akaun Instagram yang mencurigakan dan bertanya sama ada kedai tersebut boleh dipercayai atau tidak.

Semoga perkongsian kali ini dapat menyelamatkan pelajar daripada terus menjadi mangsa sindiket penipuan pembelian komputer secara dalam talian.