Berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta pastinya menjadi idaman semua pelajar terutamanya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga peperiksaan yang lain.
Apatah lagi jika tawaran ke IPT itu datang dari institusi pilihan dan dapat pula pengkhususan yang diidam-idamkan selama ini.
Bagaimanapun, bagi pelajar yang tidak tahu untuk memilih IPT yang sesuai, tentunya berdepan kesukaran ketika mengisi borang UPUOnline.
Hari ini selain IPT awam, pelajar juga boleh memilih IPT swasta (IPTS) yang menawarkan pelbagai kursus yang memenuhi kehendak industri. Management And Science University (MSU) antara IPTS yang popular hari ini.
Bukan sahaja melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing, cemerlang dalam akademik serta memenuhi keperluan global, MSU turut mementingkan kualiti dan pencapaian graduan dalam semua aspek.
Untuk itu, sebagai membantu adik-adik membuat keputusan untuk memilih IPT dan jurusan yang diminati, Sinar Bestari senaraikan 20 IPTA dan IPTS terbaik negara untuk pelajar membuat pilihan.
Turut disertakan, senarai jurusan kursus pilihan masa kini yang popular sebagai rujukan.
Senarai kelompok 20 teratas IPTA/IPTS terbaik negara
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Taylor’s University
- USCI University
- Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Management And Science University (MSU)
- International Islamic University Malaysia (IIUM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Sunway University
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Multimedia University (MMU)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Senarai kelompok 20 teratas kursus pilihan masa kini yang popular
- Pemasaran Digital
- Pengurusan Perniagaan
- Sumber Manusia dan Pembangunan Perjawatan
- Perakaunan
- Komunikasi dan Media Massa
- Kejuruteraan Kimia
- Sains Komputer
- Kejuruteraan
- Kejuruteraan Elektrik
- Sains Sosial
- Perubatan dan Pergigian
- Seni Komersial dan Reka Bentuk Grafik
- Pendidikan
- Informasi dan Teknologi (ICT)
- Perhubungan Awam dan Komunikasi Media
- Kerja Sosial/Kebajikan/Kemasyarakatan
- Kejuruteraan Awam
- Undang-undang
- Perniagaan Antarabangsa
- Sains Politik
Kelebihan belajar di universiti awam
- Kos yuran universiti awam, IPTA sangat-sangat berpatutan dan lebih murah berbanding universiti swasta. Berdasarkan kajian yuran universiti awam antara yang termurah di dunia.
- Kebanyakan kos universiti awam ditampung oleh kerajaan. Oleh sebab itu ia mampu menawarkan lebih banyak jumlah kursus pengajian berbanding universiti swasta
- Untuk kemasukan ke universiti awam, banyak bantuan pinjaman pendidikan yang disediakan dan ditawarkan oleh kerajaan negeri, kerajaan Malaysia dan PTPTN.
- Tidak dinafikan universiti awam yang ada di Malaysia terdiri daripada pensyarah yang berpengalaman dan acapkali menghasilkan banyak kajian serta penyelidikan.
- Jumlah pensyarah yang memiliki PhD jauh lebih banyak berbanding universiti swasta. Banyak pensyarah universiti milik kerajaan telah dilatih dan ada juga yang menjalankan penyelidikan pasca kedoktoran di institusi terkemuka di dunia.
- Di samping itu, anda boleh menjimatkan kos pengajian kerana banyak tempat penginapan disediakan oleh pihak universiti pada kadar yang berpatutan.
Kelebihan belajar di universiti swasta
- Berbanding yuran murah di universiti awam, persaingan cukup sengit.
- Peluang untuk sambung belajar lebih mudah disebabkan persaingan yang kurang sengit berbanding di universiti awam.
- Disebabkan jumlah pelajar yang lebih kecil berbanding di universiti tempatan, peluang akses kepada pensyarah lebih mudah dan senang.
- Sekarang banyak universiti swasta yang menawarkan pendidikan yang bercorak praktikal. Kaedah sebegini sangat digemari majikan-majikan hari ini.
- Berdasarkan kajian, pelajar IPTS lebih kompetitif kerana berpeluang belajar jurusan yang mereka minat dan sentiasa didedahkan dengan keperluan pasaran kerja semasa
Artikel berkaitan
6 panduan pilih program pengajian di universiti
"SPM saya 1969…hanya 1A. Itu pun subjek Sejarah” – Dr Shukri