5 tip permulaan bagi pelajar yang memilih dunia jahitan atau bidang fesyen sebagai kerjaya

Iklan
5 tip permulaan bagi pelajar yang memilih dunia jahitan atau bidang fesyen sebagai kerjaya
Menjahit mungkin nampak senang bagi mereka yang sudah pakar, tetapi ia akan menjadi sukar buat individu yang baru berkecimpung dalam bidang tersebut.Sebagai membantu pelajar yang berhasrat mahu berada dalam dunia jahitan selepas tamat pengajian, Sinar Bestari kongsikan lima tip permulaan buat mereka.Semoga maklumat yang disertakan ini, dapat membantu pelajar untuk menempa kejayaan dalam bidang yang disukai.Berikut tip mudah untuk mereka lakukan.1) BerguruKalau bercakap tentang menimba ilmu atau mendapatkan pengetahuan yang baharu, kita digalakkan untuk belajar daripada seseorang. Justeru, anda perlu memilih seorang guru yang berilmu dalam bidang jahitan dan yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang fesyen dan jahitan.Zaman serba moden ini, para pelajar mempunyai banyak pilihan untuk belajar sama ada secara bersemuka atau secara dalam talian menggunakan aplikasi Whatsapp, Telegram, Facebook, Instagram dan TikTok. Pelajar juga boleh memilih guru yang mungkin anda selesa dengan cara mereka mengajar. Yang pasti, anda perlu pastikan ilmu yang di ajar itu betul.2) Belajar asasBagi anda yang baru hendak belajar menjahit, perlu belajar asas dahulu seperti mengetahui cara betul mengambil ukuran badan dan mengenal serta melakar pola sebelum mula menjahit. Bagi mereka yang sudah mempunyai asas jahitan, ia adalah bonus kerana mereka dapat mempelbagaikan jenis pola dan jahitan pakaian.3) Pemilihan fabrikBerkenaan dengan pemilihan fabrik pula, disarankan anda memilih fabrik cotton sebagai permulaan dalam menjahit apa jua pakaian. Ini kerana kain jenis cotton amat sesuai digunakan semasa proses pembelajaran.Fabrik cotton sifatnya tidak licin dan mudah dikendalikan semasa proses memotong dan menjahit pakaian. Ia bertepatan untuk digunakan pelajar yang baru berjinak-jinak dalam bidang jahitan. 4) Mudah jahitBagi membina keyakinan diri semasa proses pembelajaran, pelajar boleh mula dengan menjahit pakaian yang asas seperti baju kurung tradisional atau baju kurung moden. Ini kerana kedua-dua jenis modul tersebut amatlah mudah untuk dipelajari bagi ‘orang baru’ berbanding jika anda belajar terus baju Melayu atau jubah.5) LatihanPerlu sentiasa berlatih di rumah untuk menambah dan memberi keyakinan pada diri. Kerana itu, pelajar boleh memulakan dengan menjahit pakaian sendiri atau ahli keluarga supaya dapat tingkatkan kemahiran dalam menjahit.Artikel berkaitan5 tip pemakaian guru yang sesuai dipakai ke sekolah3 pensyarah cipta produk ‘celik wang’, sasar kanak-kanak fahami ilmu pengurusan kewangan dengan mudahTip mudah cuci baju sekolah warna putih, kaum ibu boleh cuba cara ini

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok