Genggam PhD pada usia muda, Zulfati Izazi kini pensyarah hebat di Korea

Iklan
Zulfati Izazi
Sikap sentiasa ada rasa ingin tahu tentang bahasa mendorong Dr Zulfati Izazi, 29, mendalami ilmu itu melalui bidang linguistik sehingga berjaya memperoleh ijazah kedoktoran (PhD) pada usia muda.Anak perempuan kepada pelakon siri Gerak Khas, Zulkifli Ismail kini sedang berkhidmat sebagai pensyarah di Hankuk University of Foreign Studies (HUFS) di Korea Selatan bagi mengajar kursus-kursus berkaitan bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar ijazah sarjana muda di negara berkenaan.[caption id="attachment_40196" width="593"] Kredit foto: Instagram @zulfatiizazizulkifli[/caption]Selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur, beliau kemudiannya melanjutkan pengajian Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Victoria Institution hingga 2011 sebelum menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Linguistik).Selepas tamat ijazah sarjana muda, Zulfati Izazi menyambung pengajian ke peringkat sarjana pula di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Pengajian Bahasa dari 2015 hingga 2017.Beberapa bulan bekerja sebagai Pembantu Penyelidik di Universiti Malaya (UM) pada 2017, beliau mendaftar pula sebagai pelajar ijazah doktor falsafah dalam bidang linguistik di USM dan telah tamat pengajian pada awal 2021.Baginya, sembilan tahun yang diperlukan untuk memperoleh sarjana muda sehingga PhD adalah satu masa yang sangat lama, namun ia merupakan satu perjalanan yang cukup bermakna.Dalam pada itu, beliau turut mengakui bahawa kedua-dua ibu bapa memberi peluang kepadanya untuk memilih bidang kerjaya dan pendidikan yang diinginkan."Ibu bapa saya tidak terlalu tegas tentang keputusan peperiksaan bahkan mereka tidak pernah marah kalau saya dapat C atau D sekalipun dalam peperiksaan, tetapi sangat menyokong setiap proses pembelajaran."Sejak zaman sekolah lagi mereka sentiasa sokong minat saya termasuklah aktiviti kebudayaan, kesenian, projek sains, aktiviti luar. Pendek kata, apa sahaja yang membantu perkembangan minda dan pembentukan sahsiah saya, mereka akan sokong."Pendekatan mereka ini juga menyebabkan saya sendiri rasa lebih terdorong untuk terus belajar dan menerokai minat saya," katanya kepada pemberita, baru-baru ini.Mengulas lanjut, Zulfati Izazi meluahkan rasa bersyukur kerana mempunyai kedua ibu bapa yang sangat memahami.[caption id="attachment_40198" width="600"] Kredit foto: Instagram @zulfatiizazizulkifli[/caption]"Saya percaya, seperti mana-mana keluarga lain, ibu bapa saya juga gembira dan bersyukur dengan kejayaan ini. Pelukan dan ucapan tahniah daripada mereka sangat bernilai untuk saya," jelasnya.Semoga kisah perjalanan dalam mencapai kejayaan Zulfati Izazi dapat memberi inspirasi kepada semua pelajar di luar sana.Artikel berkaitanDisiplin diri kunci kejayaan pelajar UTM, rangkul Anugerah Canselor dan Anugerah AkademikPenerima Anugerah Pingat Emas Canselor USM tetap kuat walaupun diuji dengan pemergian bapa ketika hadapi peperiksaanTidak sangka menang anugerah kerana belajar sambil bekerja, graduan UUM rangkul MICPA Gold Medal Award

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok