Projek perkasa STEM, guru Kimia lahirkan ahli paleontologi muda.. Cari fosil haiwan purba

Iklan
fosil
Hari ini pelbagai aktiviti dilaksanakan di sekolah bertujuan merangsang minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).Untuk itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinarut, Papar, Sabah menjalankan satu projek asas forensik untuk melahirkan ahli paleontologi muda bersempena sambutan Bulan STEM.Menurut Pengarah Projek Forensik, Norazri Mat Piah, 52, pihaknya menganjurkan program berkenaan bertujuan meningkatkan kemahiran inkuiri dan kemahiran manipulatif Sains dalam kalangan pelajar."Memandangkan Malaysia belum melahirkan kepakaran dalam bidang forensik, jadi kita ingin mendedahkan kepada pelajar-pelajar mengenai kerjaya ahli paleontologi."Selain itu, penerokaan khazanah paleontologi seperti artifak dan fosil haiwan dalam negara kita masih di peringkat permulaan."Kajian aspek paleontologi juga kurang didedahkan dalam kalangan pelajar khususnya, kebanyakan mereka menceburi bidang STEM lebih bertumpukan kepada perubatan, kejuruteraan dan petrokimia," ujarnya ketika dihubungi Sinar Bestari, baru-baru ini.[caption id="attachment_46176" width="604"] Peserta sedang membersihkan fosil.[/caption]Tambahnya, ini merupakan siri kedua projek STEM berkenaan dijalankan dan sambutan daripada pelajar-pelajar amat menggalakkan.Sambungnya, para peserta teruja selepas beberapa tahun mereka menjalani pembelajaran secara dalam talian."Untuk siri kali ini, pihak kami menerima penyertaan paling banyak sehingga kira-kira 100 pelajar dibahagikan kepada 25 kumpulan."Aktiviti di luar bilik darjah ini dapat merangsang kemahiran kognitif, psikologi dan fizikal sememangnya dinantikan oleh pelajar.[caption id="attachment_46177" width="603"] Aktiviti forensik yang sudah dijalankan.[/caption]"Pelaksanaan aktiviti yang menarik berjaya menggabungkan pelbagai kemahiran Sains, manipulatif dan Matematik," katanya yang mendapati jalinan kerjasama dalam kalangan pelajar juga mantap serta peserta-peserta menunjukkan kebolehan menyiasat walaupun dalam jangka masa pendek.Beliau yang berpengalaman selama 28 tahun sebagai guru Kimia di sekolah berkenaan berharap dapat melahirkan pelajar yang benar-benar menjiwai kerjaya ahli paleontologi yang meneroka masa silam untuk memahami masa hadapan.Artikel berkaitanBidang STEM, UMT komited tingkat minat pelajar sekolah Penerapan STEM di peringkat universiti, apa kesannya? Pendidikan STEM perlu dimulakan di peringkat awal lagi – Dr Murnizam

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan