112 pelajar Politeknik Muadzam Shah, cipta arca berasaskan bahan kitar semula

Iklan
politeknik muadzam shah

Seramai 112 pelajar Politeknik Muadzam Shah (PMS), Pahang telah menyertai Pertandingan ‘Waste to Art’ dalam usaha menjaga kebersihan dan mengekalkan keindahan alam, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Program itu merupakan kerjasama Unit Teknologi Hijau PMS dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Cawangan Muadzam Shah.

Iklan

Menurut Pengarah PMS, Che Alias Mohd Yusof, menerusi pertandingan reka cipta berasaskan bahan terpakai mampu memberikan didikan berguna kepada para pelajar.

Iklan

"Dalam kehidupan seharian sangat perlu kepada satu kaedah melestarikan kehijauan dan kebersihan persekitaran.

‘Pertandingan Waste To Art lebih berfokus kepada reka cipta arca berdasarkan kreativiti dan inovasi dengan menggunakan bahan sisa terpakai.

"Saya berharap agar program murni seumpama ini dijadikan acara wajib tahunan demi membudayakan sikap cintakan kebersihan dan menghargai anugerah Tuhan,” katanya pada Majlis Perasmian Penutup Pertandingan ‘Waste to Art’ di Dewan Sri Muadzam PMS, baru-baru ini.

Tambah Che Alias, inisiatif ini relevan dengan objektif kempen pengasingan sisa di punca (SAS) yang berkonsepkan sisa terbuang.

Sambungnya, barangan terpakai tersebut mempunyai nilai komersil yang tinggi sekiranya seseorang bijak mengolah kembali kepada satu reka bentuk arca yang berdaya inovasi dan artistik.

‘Penggunaan sisa terpakai secara tidak langsung mengaplikasikan salah satu konsep 3R, iaitu ‘Reuse’ dan sekaligus mampu mengurangkan penjanaan sisa ke tapak pelupusan.

"Ia juga bertepatan dengan intipati kolaborasi (COC) dalam konteks perkongsian ilmu, sumber dan kepakaran berkaitan pengurusan sisa pepejal bagi mencapai persekitaran hijau serta mampan, khususnya di bandar Muadzam Shah ini,’ jelasnya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah, Ir Razali Kassim, Timbalan Pengarah (Akademik) PMS, Shahrul Nizam Mohamed dan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PMS, Mohammad Rafie Hamzah.

Selain itu, turut hadir, Seksyen Pendidikan Masyarakat SWCorp Pahang, Ashraff Kaharudin dan Pengurus Cawangan SWCorp Muadzam Shah, Shaidatul Shanaz Mansor.

Artikel berkaitan

Projek pelajar bina sangkar kitar semula untuk manfaat komuniti

Perjuangan Cikgu Mardiana dalam amalan kitar semula wajar dicontohi ramai

Etika anjur pertandingan galakkan aktiviti kitar semula


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok