"Pukul 8 malam mesti bawa buku dan duduk di meja makan"

Iklan
Jam 8 malam mesti bawa buku duduk di meja makan – Guru kongsi tip ibu anak cemerlang ini didik anak

Kejayaan seseorang pelajar biasanya bermula dari rumah.

Iklan
Iklan

Selain pembelajaran dan pengajaran di sekolah, peranan ibu dan bapa di rumah adalah memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak demi memastikan kecemerlangan akademik mereka.

Iklan

Sehubungan itu, perkongsian guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permas Jaya, Nur Salwani Mat Noor mengenai bagaimana ibu dan bapa pelajar kelasnya mengawasi anak sehingga berjaya dalam akademik menarik perhatian Sinar Bestari untuk berkongsi dengan para pembaca.

Iklan

Walaupun kisah ini dah lama, tapi  ibu-ibu masih masih belum terlambat untuk jadikannya sebagai panduan bagi mendisiplinkan anak-anak.

Mari ikuti perkongsian tersebut.

*****

Saya beruntung sebab dapat interview ibu kepada pelajar ini. Pelajar lelaki Melayu.

Jadi saya nak kongsi dengan rakan-rakan, apakah tip yang digunakan oleh ibu ini sehingga kesemua anak-anaknya berjaya:

1) Anak-anak tak dibenarkan belajar dalam bilik masing-masing. Semua mesti duduk di meja belajar di ruang tamu. Sebab: duduk dalam bilik kita tak nampak dia buat apa...betul ke tak belajar.

2) Pukul 8 malam semua mesti dah bawa buku masing-masing duduk di meja makan.

3) Pukul 10 masuk tidur

4) Tak benarkan anak-anak keluar rumah lepak dengan kawan hatta suruh ke kedai pun tidak pernah kerana itu boleh dijadikan alasan untuk melepak.

5) Keluar mesti dengan ibu dan bapa. Alasannya bila anak umur 18 tahun mereka sndiri akan keluar jauh (sambung belajar) maknya percaya umur 18 baru umur terbaik untuk mereka bebas dan cukup matang untuk pilih kawan yang betul.

6) Ayahnya serius tapi baik, ayah tak pernah pukul/cubit anak, yang dibenarkan mak sahaja.

7) Kena mula dari Tahun Satu, pukul 8 malam terus duduk di meja jadi dah terbiasa bila sekolah menengah dah tak perlu suruh, anak automatik pegang buku jam 8 malam.

8) Tak pernah pergi tuisyen. Jika tak faham kena tanya kawan yang lebih pandai di sekolah.

Saya tanya lagi, anak puan ada diberikan handphone?  Internet?  Ibunya jawab. Ya bagi cikgu...petang-petang dia main game. Kena bagi juga tak boleh sekat saya faham mereka ini remaja.

Kita  tak nak dia memberontak. Asal dia tak melepak sudah. Kawan-kawan dia datang rumah kami main game tapi anak saya takkan keluar dari rumah. Saya kenal semua kawan-kawannya.

Ayat terakhir ibunya memang hebat:

"Cikgu, apa-apa pun asasnya dari rumah, daripada ibu dan bapa. Saya tak boleh nak harapkan cikgu saja, cikgu pun ramai anak murid lain lagi. Cikgu dah banyak membantu saya didik dia. Terima kasih cikgu”

Saya  angguk-angguk...oooo...betul-betul...Terima kasih puan sudi datang dan kongsi dengan saya.

Rendah diri sungguh ibunya, patutlah anaknya juga sangat menghormati guru.

Artikel berkaitan 

Pelajar pengajian Islam dan bahasa Arab perlu kuasai bahasa Inggeris, ini sebabnya

Rifqah dan Munajjah unggul dalam sukan catur, pasangan adik beradik aktif catur sejak dari kecil

Bekerja sambil belajar, mahasiswa UTM kini pemilik perniagaan cendawan berjaya


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok