Lepasan SPM berminat menjadi doktor? Mohon hadam perkongsian ini dahulu!

Iklan
pexels-photo-4225880

Kecenderungan pelajar sekolah menengah mahupun lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih menjadi doktor, adalah perkara biasa.

Iklan
Iklan

Cuma yang menjadi kekangan adalah proses pembelajarannya bukanlah mudah seperti yang disangka.

Iklan

Ada yang mahu menjadi doktor sejak di bangku sekolah lagi. Ada segelintir pula, memilih jurusan perubatan kerana desakan ibu bapa yang mahu anak-anak meneruskan legasi mereka.

Iklan

Menerusi telegram Nota Kesihatan Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, beliau ada membuat perkongsian mengenai pemilihan pelajar yang hendak menjadi doktor.

Katanya, beberapa persediaan perlu dilakukan dengan rapi untuk mendaki laluan menuju profesion ini.

[caption id="attachment_24291" width="267"] Gambar hiasan daripada Pexels.[/caption]

"Lagipun, kita memang sentiasa perlukan doktor pelapis,” katanya dalam saluran telegram tersebut.

Mari hadam apa yang ingin Dr Kamarul sampaikan ini.

*****

Profesion ini seringkali dilihat sebagai pekerjaan berprestij, dihormati dan berpendapatan tinggi.

Nampak seronok belajar di luar negara. Ada benarnya, namun sangat sukar sampai ke tahap itu.

Prestij doktor terletak hanya pada sijil, hakikatnya doktor bergelumang dengan najis, darah, nanah, hingus, muntah, kahak dan apa jua kekotoran dari tubuh manusia. Maka harus pastikan boleh hadapi benda-benda ni.

Sebelum dihormati, doktor akan melalui saat-saat pahit dalam hidup mereka. Dimaki pesakit, dimarahi superior, disindir petugas lain, dikecam orang awam. Tak semua orang mampu tahan dugaan ini.

Tidak semua berpeluang belajar  di luar negara. Belajar di luar negara dugaannya sangat besar. Ada yang terjebak dengan aktiviti kurang sihat, ada pula yang bermasalah urus hidup dan kewangan. Di sana tiada ibu bapa yang bantu dan pantau.

Ya, pendapatan doktor agak tinggi. Bermula sekitar RM5,000. Namun kos mengambil jurusan perubatan sekitar RM500,000 hingga RM1juta. Jika ia pinjaman, bayangkan berapa pula bayaran semula pinjaman setiap bulan?

Masa bekerja pun agak panjang. Kalau on-call, boleh mencecah 36 jam berterusan. Tinggalkan keluarga. Tinggalkan kawan-kawan. Ada pula yang ditinggalkan kekasih. Jika dihantar ke kawasan pedalaman, bagaimana?

Justeru, pelajar dan ibu bapa perlu mengambil kira hal ini. Bukan hanya sandarkan pilihan kerjaya pada pencapaian akademik sahaja.

Persediaan Asas

1) Akademik

Seperti yang semua tahu, untuk mendapatkan tempat dalam jurusan perubatan, pencapaian akademik perlulah sangat baik. Selain untuk mendapat tempat, ia juga salah satu kriteria yang menentukan sama ada pelajar itu layak mendapat tajaan atau pinjaman. Maka cuba untuk dapatkan pencapaian yang paling maksimum untuk bahasa Inggeris, Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan.

2) Sukan

Ramai pelajar yang nak jadi doktor hanya tumpukan pada akademik dan abaikan sukan. Hakikatnya, doktor perlu cergas dan berstamina tinggi. Kerja 12 hingga 36 jam tanpa henti. Berjalan ke sana sini. Naik turun tangga. Angkat pesakit. CPR pesakit dengan tekan dada 100 kali seminit, selama 30 minit. Kalau tak cergas, pasti kecundang. Di sekolah, pastikan kalian aktif dalam aktiviti sukan. Sertai apa-apa acara sukan. Beriadah setiap hari. Mula bina kecergasan dan stamina dari bangku sekolah.

[caption id="attachment_24290" width="600"] Gambar hiasan daripada Pexels.[/caption]

3) Persatuan

Pegang jawatan dalam unit beruniform. Belajar pegang tanggungjawab. Bila dah jadi doktor, anda akan pegang jawatan dalam pengurusan jabatan. Kena uruskan pelbagai program. Sertai kelab pidato, debat, catur, penulisan, seni, choral speaking dan sebagainya. Pupuk kemahiran berkomunikasi dan kemahiran motor. Doktor kena beri ceramah, kena jawab temuramah. Jadi kena biasakan diri bercakap di khalayak ramai. Selain itu doktor perlu banyak lakukan prosedur rumit, jadi kawalan motor halus itu penting.

4) Pengetahuan Am

Ini perkara yang selalu diabaikan oleh pelajar. Ramai yang hanya belajar apa yang di dalam silibus sahaja. Ini tidak cukup untuk jadi seorang doktor. Seorang doktor perlu ada pengetahuan am yang luas, kerana ia kerjaya yang melibatkan komunikasi dengan pesakit yang pelbagai latar belakang dan pekerjaan.

Sumber: Telegram Nota Kesihatan Dr Kamarul

Artikel berkaitan

‘SPM saya 1969…hanya 1A. Itu pun subjek Sejarah’ – Dr Shukri

Fail hilang? Ikuti cara ini untuk mendapatkannya semula di Windows 10 

Ingin jadi pelajar cemerlang, ini tip yang perlu diketahui


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok