Program bertemakan ‘Menanam Harapan, Menyemai Kelestarian’ dianjurkan oleh Kelab Kitar Semula dan Kelestarian SK Pendidikan Khas Johor Bahru, dengan kerjasama SAPKJB dan PIBG.
Program bertemakan ‘Menanam Harapan, Menyemai Kelestarian’ dianjurkan oleh Kelab Kitar Semula dan Kelestarian SK Pendidikan Khas Johor Bahru, dengan kerjasama SAPKJB dan PIBG.

800 pokok ditanam di SK Pendidikan Khas Johor Bahru, murid dididik cintai alam sejak awal

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
12 Mar 2026 03:09pm

Usaha membudayakan kelestarian alam sekitar dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) diperkukuh apabila Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Johor Bahru, Skudai, berjaya melaksanakan Program Hijau Lestari yang menyaksikan penanaman kira-kira 800 anak pokok di kawasan sekolah.

Program yang berlangsung pada 30 Januari lalu itu melibatkan penyertaan MBPK, guru dan ibu bapa, dengan sokongan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang turut menyumbang anak pokok dan tanah bagi menjayakan aktiviti penghijauan tersebut.

Inisiatif ini bukan sahaja memperindah landskap sekolah, malah menjadi platform pendidikan praktikal bagi murid memahami kepentingan memelihara alam sekitar sejak usia muda.

Guru Besar, Noraspalelawati Razali berkata, program seumpama ini mampu membentuk kesedaran murid terhadap tanggungjawab menjaga alam sekitar.

"Kami mahu murid memahami bahawa usaha kecil seperti menanam pokok boleh memberi kesan besar kepada masa depan alam sekitar. Program ini juga memperkukuhkan hubungan antara sekolah, komuniti dan agensi luar," katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ahli Majlis MBIP, Chuah Lee Hui, Sekolah Agama Pendidikan Kebangsaan Johor Bahru (SAPKJB) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atas sokongan padu yang diberikan dalam menjayakan program itu.

Terdahulu, program bertemakan ‘Menanam Harapan, Menyemai Kelestarian’ dianjurkan oleh Kelab Kitar Semula dan Kelestarian SK Pendidikan Khas Johor Bahru, dengan kerjasama SAPKJB dan PIBG.

Seramai 60 MBPK, dibimbing 15 guru sekolah dan 10 guru SAPKJB, bersama 40 ibu bapa terlibat secara langsung dalam aktiviti penanaman pokok hiasan dan pengindahan landskap di kawasan hadapan blok pentadbiran sekolah.

Aktiviti ini bukan sahaja melatih murid tentang kemahiran asas berkebun, malah menyemai sifat tanggungjawab, kerjasama dan kasih sayang terhadap alam sekitar.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI
  • Usaha membudayakan kelestarian alam sekitar diperkukuh dengan penanaman 800 anak pokok di SK Pendidikan Khas Johor Bahru
  • Program Hijau Lestari melibatkan penyertaan MBPK, guru, ibu bapa dengan sokongan MBIP
  • Inisiatif ini bertujuan memperindah landskap sekolah dan sebagai platform pendidikan praktikal untuk memahami pentingnya menjaga alam sekitar
  • Guru Besar, Noraspalelawati Razali berkata program ini membentuk kesedaran murid tentang tanggungjawab menjaga alam sekitar
  • Seramai 60 MBPK, bersama guru dan ibu bapa, terlibat langsung dalam aktiviti penanaman pokok dan pengindahan landskap sekolah
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp