Anwar. Foto: Bernama
Anwar. Foto: Bernama

Belanjawan 2027: SK Telok Kalong terima bilik pemulihan khas & kemudahan pembelajaran robotik menerusi Sekolah Angkat MADANI

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
09 Oct 2026 04:58pm

Sejak 2024, inisiatif Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI telah memanfaatkan hampir 500 kampung dan 1,700 sekolah di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara manfaat yang disalurkan menerusi inisiatif itu termasuk bilik pemulihan khas yang selesa dan kemudahan pembelajaran robotik kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Kalong, Terengganu, hasil sumbangan Sime Darby Berhad.

Beliau berkata demikian ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Selain itu, Jabatan Peguam Negara turut menyediakan pelbagai kemudahan untuk penduduk Kampung Jilid 8 di Kuala Muda, Kedah, termasuk padang bola, jeti nelayan dan mesin ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) yang turut memberi manfaat kepada penduduk kampung berhampiran.

Anwar turut merakamkan penghargaan dan tahniah kepada pihak pengurusan kementerian, jabatan, agensi serta badan korporat yang bersama-sama menjayakan inisiatif berkenaan.

AKAN MENYUSUL

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp