
Anwar. Foto: Bernama
Belanjawan 2027: Pelajar Tingkatan Enam terima Elaun Sara Hidup RM2,500
Kerajaan bersetuju untuk memberikan Elaun Sara Hidup kepada pelajar Tingkatan Enam berjumlah RM2,500.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar itu menyamai elaun pelajar matrikulasi dan akan memanfaat 90,000 pelajar Tingkatan Enam.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut berkata, peruntukan RM870 juta disediakan untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada lebih 800,000 murid.
Beliau berkata demikian dalam Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
AKAN MENYUSUL
