Anwar membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat. Foto: Bernama
Anwar membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat. Foto: Bernama

Belanjawan 2027: Peruntukan baik pulih dan penyelenggaraan semua jenis sekolah ditingkatkan

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
09 Oct 2026 05:24pm

Dalam pembentangan Belanjawan 2027, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju supaya peruntukan bagi membaik pulih dan menyelenggara semua jenis sekolah ditingkatkan iaitu daripada RM1 bilion kepada RM2 bilion.

Peningkatan ini katanya, merangkumi:

1) Peruntukan bagi sekolah kebangsaan naik kepada RM900 juta.

2) Peruntukan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina naik kepada RM100 juta ringgit.

3) Peruntukan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil naik kepada RM50 juta. Kendatipun jumlah murid di SJKT relatifnya lebih kecil, oleh kerana keadaan prasarana sekolah yang daif, menuntut perhatian segera.

4) Peruntukan bagi sekolah agama rakyat, institusi tahfiz dan sekolah pondok berdaftar di bawah JAKIM naik kepada RM200 juta. Skop peruntukan ini akan diperluas untuk meliputi bantuan operasi institusi.

Selain itu, kata Perdana Menteri, hampir RM1.3 bilion disediakan bagi menaik taraf 682 sekolah daif, khususnya di Sabah dan Sarawak.

AKAN MENYUSUL

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp