445 orang guru, pegawai dan kakitangan terima APC Petaling Utama 2022.
445 orang guru, pegawai dan kakitangan terima APC Petaling Utama 2022.

445 terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, beri suntikan motivasi dan semangat baru

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
04 Jul 2023 03:02pm

Seramai 445 orang guru, pegawai dan kakitangan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dalam Majlis Anugerah Pekhidmatan Cemerlang Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Utama 2022.

Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek itu adalah untuk mengiktiraf sumbangan cemerlang dan jasa bakti dalam menonjolkan komitmen serta dedikasi yang perlu dicontohi seluruh warga pendidikan.

Fadhlina Sidek
Fadhlina Sidek



Menurut Fadhlina, mereka yang berkhidmat sebagai penjawat awam ini adalah atas dasar cinta dan bermula dari situ terbitnya perasaan ihsan yang mendorong kepada usaha untuk melakukan terbaik demi masa depan pendidikan anak-anak.

“Dengan pemberian APC ini, ia dapat memotivasikan guru-guru agar mereka mempunyai semangat yang berkobar-kobar bagi memberikan pendidikan yang paling berkualiti.

“Ia sekali gus memastikan sistem pendidikan kita berupaya untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju lain,” ujarnya ketika merasmikan Majlis Anugerah Pekhidmatan Cemerlang PPD Petaling Utama 2022 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Puay Chai 2, Petaling Jaya, Selangor.

Hadir sama, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Dr Jafri Abu; Pegawai Pendidikan Daerah PPD Petaling Utama, Haniza Mohd Jaba@Ibrahim; Guru Besar SJKC Puay Chai 2, Tee Kim Hong dan penerima-penerima APC.

Artikel Berkaitan:

Fadhlina, bergambar kenangan bersama penerima-penerima APC.
Fadhlina, bergambar kenangan bersama penerima-penerima APC.



Dalam pada itu, Fadhlina turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada dua buah sekolah yang telah tersenarai bagi menerima Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2023 iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kanchong Darat, Selangor dan SK Seri Permai, Pulau Pinang.

Ujarnya, dengan pencapaian tersebut ia berjaya membuktikan negara mampu mengangkat nilai pendidikan mengikut acuan tersendiri.

“Inovasi sememangnya salah satu aspek penting dalam pendidikan negara dan ia berjaya dibuktikan apabila dua buah sekolah tersebut berjaya membawa nama sekolah dan negara dalam pencapaian bertaraf dunia.

“Di sini, boleh dibuktikan kepada dunia kita mampu menjadi sekolah terbaik dengan acuan kita sendiri,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp