Aplikasi Sekolah Enuma galak pembelajaran interaktif bantu 600 murid B40 5 hingga 8 tahun
Aplikasi Sekolah Enuma galak pembelajaran interaktif bantu 600 murid B40 5 hingga 8 tahun

Aplikasi Sekolah Enuma galak pembelajaran interaktif, bantu 600 murid B40 5 hingga 8 tahun

Rasyidah Zulkifi
14 Apr 2022 08:56am
A
A
A

KUALA LUMPUR - 600 murid B40 berusia lima hingga lapan tahun di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak bakal menjalani sesi pembelajaran interaktif melalui aplikasi digital menerusi projek Sekolah Enuma Malaysia (Sekolah Enuma) yang berlangsung hingga Ogos depan.

Sekolah Enuma merupakan projek kerjasama antara Yayasan Telekom Malaysia Berhad (YTM) dengan Teach For Malaysia (TFM) dan Enuma Inc.

Baca juga

Sekolah Angkat MMU persiapkan pelajar ke arah digitalisasi

IDEAS lancar kempen digital Sekolah Kita, didik rakyat tentang cabaran dihadapi pelajar Orang Asli

Menurut Pengarah YTM, Izlyn Ramli, inisiatif berkenaan adalah lanjutan daripada kerjasama sebelum ini bertujuan menggalakkan pembelajaran digital dalam kalangan murid prasekolah dan sekolah rendah.

“Ia juga selari dengan aspirasi Telekom Malaysia Berhad untuk menyokong agenda kerajaan dalam mengubah landskap pendidikan digital.

“Aplikasi digital berasaskan permainan di luar talian ini akan menggalak dan memudahkan pembelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik dalam proses yang menyeronokkan dan interaktif," katanya pada Majlis Perasmian Sekolah Enuma Malaysia yang berlangsung secara dalam talian, baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Enuma Inc, Sooinn Lee, berkata murid prasekolah hingga murid Tahun Dua berpeluang mempelajari pelbagai aktiviti pembelajaran, permainan, e-buku dan video mesra kanak-kanak, termasuk nilai budaya setempat menerusi Sekolah Enuma.

“Aplikasi ini amat sesuai digunakan di lokasi terpencil dan komuniti yang kekurangan guru terlatih kerana setiap murid boleh belajar secara bebas dan menjadi penggerak kepada perjalanan pembelajaran mereka sendiri.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Murid akan belajar melalui permainan mesra kanak-kanak yang menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan, menarik dan tidak kira masa di mana mereka berada," katanya.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) Mohd Najib Ab Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif TFM, Chan Soon Seng.

Hubungi pentadbir Sekolah Enuma kemudian layari laman sesawang https://lms.enumaschool.com untuk mendapatkan butiran log masuk.

 

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok