1401413
1401413

Beberapa sekolah di Johor ditutup ekoran penularan Covid-19

Adlan Farhan Azwan
25 Jan 2022 05:04pm
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKN) memaklumkan bahawa beberapa sekolah di sekitar Negeri Johor terpaksa ditutup selepas menerima laporan kes positif Covid-19 di sekolah terbabit.

Menurut JKN Johor, kenyataan dikeluarkan bagi menjelaskan situasi sebenar yang sedang melanda beberapa sekolah di negeri itu.

“JKN Johor ingin mengesahkan bahawa beberapa sekolah di sekitar negeri Johor telah diarah tutup ekoran pelaporan kes positif Covid-19 di sekolah. Maklumat lanjut mengenai sekolah terbabit boleh didapati daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing masing.

Baca juga COVID: Sabah rekod 73 kes daripada kluster baharu libatkan sekolah di Sandakan

Baca juga Covid-19: 99 pelajar Maktab Mahmud disahkan positif

“Kami juga ingin memaklumkan bahawa penutupan sekolah terbabit telah dibuat di bawah Akta 342 bagi mengekang penularan Covid-19.

“Penutupan ini bertujuan untuk pelaksanaan kerja-kerja siasatan dan kawalan Covid-19 oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan terdapat keperluan untuk kontak rapat dikenal pasti dengan segera bagi tujuan arahan pengasingan dan pengawasan di rumah," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi Facebook JKN Johor, pada Selasa.

Dalam pada itu, pihak JKN Johor berkata, kes-kes positif yang telah dikenal pasti akan diberikan rawatan segera dan dikuarantin manakala ibu bapa dan penjaga hendaklah memberi kerjasama dalam mematuhi arahan penutupan sekolah tersebut.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

“Kerjasama ibu bapa dan penjaga adalah diperlukan untuk pencegahan penularan Covid-19 di sekolah dengan memastikan pelajar yang bergejala atau mempunyai sejarah pendedahan kepada kes positif untuk tidak hadir ke sekolah sebelum pengesahan kendiri status Covid-19.

“Sekiranya pelajar bergejala, mereka perlu melakukan ujian Covid-19 secara kendiri atau berbuat demikian di mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran.

" Ibubapa atau penjaga diminta untuk mengasingkan anak-anak di rumah selama tempoh yang dinasihatkan oleh pengamal perubatan,” jelasnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok