No Image Caption

Belanjawan 2025: Pendidikan AI diperluas kesemua universiti

NURBAYA ABDUL REZAKNURBAYA ABDUL REZAK
18 Oct 2024 05:54pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pembentangan Belanjawan 2025 mengumumkan bahawa pendidikan berkaitan kecerdasan buatan (AI) akan diperluas kesemua universiti penyelidikan.

Menurut Anwar, ia membabitkan peruntukan sehingga RM50 juta yang mana meningkat RM20 juta pada tahun ini.

Berikut senarai universiti yang terlibat:

Universiti Malaya (UM)

Menumpukan AI dalam bidang perubatan bagi menangkis tantangan penyakit maut seperti kanser.

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Bakal menubuhkan Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia dengan kerjasama NACSA bagi menyusul AI pengkomputeran kuantum sebagai persiapan mendepani ancaman keselamatan siber serba rumit.

Universiti Sains Malaysia (USM)

Artikel Berkaitan:

Menelusuri AI semikonduktor selari dengan status Malaysia sebagai hub semikonduktor dunia yang meningkatkan kerjasama termasuk dengan Intel dan Infineon.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Menerajui AI alih bahasa dalam usaha mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Perdana Menteri juga meluahkan rasa bangga dengan pencapaian universiti di Malaysia yang berada dalam senarai antara universiti terbaik dunia.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp