
Belanjawan 2026: KPM, KPT gembleng gejala buli
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membangunkan Kerangka Antibuli Sekolah (SAFE) sebagai rangka menyeluruh pencegahan buli di sekolah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini termasuk memperkasa peranan guru dan murid melalui Program Amalan Sekolah Penyayang.
Katanya yang juga Menteri Kewangan, kerajaan bersetuju untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Antibuli 2025 pada sesi Belanjawan 2026 ini.
Bukan itu sahaja, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) turut meningkatkan jumlah kamera litar tertutup (CCTV) bagi memastikan keselamatan mahasiswa di kampus.
"KPT juga akan menganjurkan program sahsiah serta kepimpinan sebagai bentuk pencegahan buli dan ragging," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Ringkasan AI
- Kementerian Pendidikan Malaysia membangunkan Kerangka Antibuli Sekolah (SAFE)
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pembentukan program untuk memperkasa peranan guru dan murid
- Rang Undang-Undang Antibuli akan dibentangkan pada Belanjawan 2026
- Kementerian Pengajian Tinggi meningkatkan jumlah CCTV di kampus untuk keselamatan mahasiswa
- KPT akan menganjurkan program sahsiah dan kepimpinan sebagai pencegahan buli dan ragging