Pasukan bomba dan penyelamat berusaha memadam kebakaran yang berlaku di salah sebuah sekolah di Los Angeles. (Foto: Al Jazeera)
Pasukan bomba dan penyelamat berusaha memadam kebakaran yang berlaku di salah sebuah sekolah di Los Angeles. (Foto: Al Jazeera)

Bencana kebakaran: Sekolah di Los Angeles dibuka semula kecuali tujuh masih ditutup

14 Jan 2025 01:46pm

Hampir semua sekolah awam di kawasan Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) dibuka semula pada Isnin, walaupun anggota bomba dan penyelamat masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran besar yang meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa dan memusnahkan lebih 12,000 struktur, lapor agensi berita Jerman, dpa.

Daerah Sekolah Bersepadu Los Angeles, antara yang terbesar di AS memaklumkan, lewat Ahad bahawa hanya tujuh daripada 1,302 sekolahnya kekal ditutup.

Keadaan sebuah bas sekolah yang rentung akibat dijilat api dalam bencana kebakaran di Los Angeles, AS. (Foto: Xinhua)
Keadaan sebuah bas sekolah yang rentung akibat dijilat api dalam bencana kebakaran di Los Angeles, AS. (Foto: Xinhua)

Empat daripadanya musnah akibat kebakaran Palisades yang berlaku di sebelah barat Los Angeles. Tiga sekolah lain berada di zon pemindahan.

"Keadaan telah bertambah baik untuk sebahagian besar kawasan di seluruh wilayah Los Angeles dan pihak daerah itu yakin ia selamat untuk pelajar dan pekerja kembali ke kampus," menurut satu kenyataan.

Keputusan itu mengambil kira status pengawalan kebakaran, kualiti udara, keadaan angin dan status penutupan jalan.

Artikel Berkaitan:

Bagaikan padang jarak, padang terkukur. Pemandanga dari udara kawasan perumahan di Los Angeles, AS selepas kebakaran dipadam. (Foto: AFP)
Bagaikan padang jarak, padang terkukur. Pemandanga dari udara kawasan perumahan di Los Angeles, AS selepas kebakaran dipadam. (Foto: AFP)

Sementara itu, universiti negeri di Los Angeles menawarkan pengajaran secara dalam talian.

Anggota bomba dan penyelamat sedang bersiap sedia menghadapi kemungkinan tiupan angin yang lebih kuat dalam beberapa hari akan datang, yang dijangka memburukkan lagi keadaan bencana alam yang dianggap oleh pihak berkuasa sebagai antara yang terburuk dalam sejarah AS.

Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California (Cal Fire) memberi amaran mengenai "cuaca kebakaran kritikal" hingga Rabu. - Bernama

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp