Berikut tarikh penting permohonan UPUOnline untuk pelajar lepasan SPM, STPM atau setaraf
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) menyenaraikan beberapa tarikh penting berkenaan permohonan UPUOnline sesi akademik 2023/2024.
Senarai tarikh tersebut dikhususkan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA) menerusi program asasi, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda.
Di sini, Sinar Bestari sertakan tarikh permohonan UPUOnline 2023/2024 untuk pelajar jadikan sebagai rujukan.
Lepasan SPM
1) Fasa permohonan
- Fasa Pertama: 7 Februari hingga 28 Mac 2023
- Fasa Kedua: 15 Mei hingga 12 Jun 2023
2) Proses temu duga dan atau ujian
- Mei hingga Jun 2023
3) Fasa pengemaskinian
- Minggu pertama Jun 2023
4) Hebahan perdana dan permohonan rayuan
- Minggu pertama Julai 2023
5) Hebahan rayuan
- Minggu pertama Ogos 2023
Lepasan STPM atau setaraf
1) Fasa permohonan
- Fasa Pertama: 7 Februari hingga 28 Mac 2023
- Fasa Kedua: 15 Mei hingga 12 Jun 2023
2) Proses temu duga dan atau ujian
- Mei hingga Ogos 2023
3) Fasa pengemaskinian
- Minggu keempat Julai 2023
4) Hebahan perdana dan permohonan rayuan
- Minggu pertama September 2023
5) Hebahan rayuan
- Minggu ketiga Oktober 2023
Sebarang pertanyaan mengenai UPUonline, pengguna boleh berbuat demikian dengan melayari beberapa platform media sosial iaitu Facebook: kemasukan bkpa jpt, Telegram: UPUONLINE CHANNEL, Instagram: @kemasukanbkpa, YouTube: bkpaUPU dan TikTok: @bkpaupu.