Permohonan biasiswa boleh dibuat sebelum 28 Februari ini.
Permohonan biasiswa boleh dibuat sebelum 28 Februari ini.

Biasiswa ASEAN-Maybank kini dibuka

AZLEENDA SAHALUDIN
23 Feb 2023 03:02pm
A
A
A

Selepas tamat menduduki Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM), diploma atau matrikulasi maka bermulah perjalanan hidup seorang pelajar dalam membina kerjaya masing-masing.

Banyak persoalan yang selalu bermain di fikiran mereka sama ada ingin menyambung pengajian ke peringkat seterusnya atau terpaksa membatalkan hasrat tersebut disebabkan oleh beberapa faktor antaranya kewangan.

Namun kini ia tidak lagi menjadi kerisauan apabila Yayasan Maybank dan Sekretariat ASEAN menawarkan Program Biasiswa ASEAN-Maybank bertujuan memberi peluang kepada anak-anak muda yang layak untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda.

Mereka bukan sahaja boleh melanjutkan pengajian di universiti dalam negara malah berpeluang memilih universiti dalam rantau ASEAN bagi menggalakkan integrasi intra-ASEAN.

No Image Caption

Program Biasiswa ASEAN-Maybank ini telah dilancarkan bersempena sambutan ulang tahun ke-54 Hari ASEAN di Jakarta, Indonesia pada 8 Ogos 2021.

Pengambilan pertama di bawah program berkenaan pada 2022 yang menumpukan penempatan pelajar terpilih di universiti awam terkemuka negara ASEAN antaranya Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Program biasiswa tersebut menawarkan pembayaran yuran pengajian secara penuh di samping memberi elaun bulanan serta penginapan dan komputer riba kepada pelajar yang layak.

Artikel Berkaitan:

Ia juga menyediakan tiket kapal terbang (kelas ekonomi) pergi dan balik kepada pelajar sekiranya diterima menyambung pengajian di luar negara.

Untuk itu, Sinar Bestari ingin kongsikan syarat kelayakan Program Biasiswa ASEAN-Maybank kepada pembaca yang berminat untuk memohon.

Syarat kelayakan

1) Merupakan warganegara daripada 10 negara ASEAN.

2) Mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dan aktif dalam aktiviti kokurikulum.

3) Berkelulusan pendidikan pra-universiti (STPM, diploma atau matrikulasi) dengan purata gred kumulatif (CGPA) 3.0.

4) Menerima surat tawaran daripada universiti yang tergolong dalam rangkaian universiti ASEAN.

******

Permohonan biasiswa boleh dibuat dengan melayari https://www.maybankfoundation.com dan akan tamat pada 28 Februari ini.

Selamat maju jaya!

Ekrulila

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok