IMG-20220126-WA0004
IMG-20220126-WA0004

Tilawah Amal Maya: Covid-19 tidak halang anak istimewa/autisme buktikan keupayaan luar biasa

Adlan Farhan Azwan
26 Jan 2022 12:54pm
A
A
A

Mendidik dan membesarkan anak istimewa dan autisme bukan satu perkara mudah kerana ia memerlukan pengorbanan masa dan tenaga.

Namun begitu, melalui bimbingan dan perhatian yang tepat, anak istimewa dan autisme mampu pergi jauh setanding dengan kanak-kanak normal yang lain.

Sehubungan itu, dalam usaha membina keyakinan diri anak istimewa ini, mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) di bawah kursus Pembangunan Kesukarelawanan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar telah menganjurkan Pertandingan E-Tilawah Amal, baru- baru ini.

Pertandingan berkenaan bertujuan memberi peluang kepada anak-anak istimewa dan autisme untuk keluar dari kepompong mereka dan menjadi insan yang lebih yakin serta melangkah lebih jauh melalui penyertaan di dalam pertandingan berkenaan yang dianjurkan buat julung kalinya ini.

Alya Maisarah bersama abangnya, Muhammad Aqeef sedang bersiap sedia menunggu giliran untuk bertilawah secara dalam talian.

Menerusi program ini juga, anak-anak istimewa berkenaan diberi peluang untuk meningkatkan keberanian mereka dengan memperdengarkan bacaan alunan ayat suci al-Quran kepada orang ramai.

Seramai 18 anak istimewa/autisme berumur enam hingga 18 tahun dari pelbagai kategori telah menyertai pertandingan E-Tilawah amal yang dianjurkan dengan kerjasama strategik bersama Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Nur Hidayah serta Akademi Tahfiz Al Hidayah.

Baca juga Mahasiswa UPM anjur kempen infaq untuk anak-anak istimewa dan autisme

Baca juga Mahasiswa UPM anjur e-kempen mencari Ulul Quran anak-anak istimewa dan autisme 1.0

Penglibatan penyertaan adalah terdiri daripada anak istimewa/autisme yang mengikuti bimbingan dari lima buah institusi pendidikan termasuklah Akademi Tahfiz Al-Hidayah, Akademi Al Quran Ar Rayyan, Akademi QurANIS Kelantan, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tawau II, Sabah dan SK Parang Puting, Kota Bharu, Kelantan.

Kehebatan para peserta dalam kalangan anak istimewa/autisme ini telah dinilai oleh tiga orang juri yang hebat dan arif dalam bidang masing-masing iaitu Muhammad Danial Aidil Jaffar atau lebih dikenali sebagai Da’i Danial; guru Al-Quran sepenuh masa, Ilyas Mohamad Ilyas Ismail dan sukarelawan YOSH MyFundAction, Noorafifah Waipin yang juga merupakan pelajar Ijazah Pendidikan Islam (Pengajian Islam) di Universiti Malaya (UM).

Ustaz Ilyas, Guru Al Quran sepenuh dan juga salah seorang panel juri sedang memberikan komentar secara keseluruhan bagi bacaan semua peserta sekaligus memberikan kata-kata semangat sebagai dorongan pada masa hadapan.

Wakil setiap akademi tahfiz dan ibu bapa peserta juga menyatakan rasa gembira dan berpuas hati kerana anak istimewa jagaannya diberikan peluang untuk menonjolkan diri dalam kalangan masyarakat.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Mereka juga berharap agar lebih ramai lagi pihak yang cakna dan berganding bahu untuk mengadakan pertandingan sebegini pada masa depan dalam usaha meluaskan lagi peluang anak-anak istimewa dan autisme ini bersosial dengan masyarakat umum sejagat serta memecahkan kepompong mereka untuk melangkah lebih jauh.

Ramai sebenarnya dalam kalangan anak istimewa dan autisme mampu menyerlah dalam bidang tertentu.

Yang penting sokongan berterusan bermula daripada ibu bapa, keluarga dan masyarakat akan menjadikan insan istimewa dan autisme ini lebih berdaya maju terutama selepas tamat persekolahan, selain menyediakan program khas untuk autisme kronik

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok