KPM mengeluarkan surat peringatan rasmi bertarikh 30 Mei 2025 yang menekankan aspek etika berpakaian dan penggunaan media sosial dalam kalangan guru.
KPM mengeluarkan surat peringatan rasmi bertarikh 30 Mei 2025 yang menekankan aspek etika berpakaian dan penggunaan media sosial dalam kalangan guru.

Etika berpakaian & penggunaan media sosial! KPM keluar peringatan tegas buat guru

01 Jun 2025 04:57pm

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sekali lagi menzahirkan komitmen dalam memperkukuh profesionalisme warga pendidik apabila mengeluarkan surat peringatan rasmi bertarikh 30 Mei 2025 yang menekankan aspek etika berpakaian dan penggunaan media sosial dalam kalangan guru.

Menerusi pekeliling tersebut, KPM mengingatkan warga guru agar sentiasa mematuhi garis panduan berikut:

1) Etika berpakaian

  • Memakai pakaian yang sopan, kemas dan sesuai serta mencerminkan nilai moral, etika kerja dan integriti profesion keguruan.
  • Dilarang memakai pakaian yang mencolok mata seperti pakaian yang ketat, terdedah dan jarang sehingga menampakkan bentuk badan serta pakaian dalam yang boleh mendorong perspektif negatif terhadap imej diri dan profesion keguruan.

2) Penggunaan media sosial

Artikel Berkaitan:

  • Menggunakan media sosial secara profesional dengan penuh tanggungjawab dan beretika.
  • Dilarang memuat naik sebarang hantaran (posting), gambar atau video yang bersifat tidak sopan atau boleh menimbulkan perspektif negatif serta menjejaskan imej diri, institusi pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan KPM.
  • Dilarang menggunakan media sosial untuk menyebarkan kandungan bersifat provokatif, palsu, perkara-perkara sensitif berkaitan institusi diraja, agama dan kaum (3R), politik serta hal dalaman organisasi atau apa-apa kandungan yang boleh mencetuskan ketegangan.

Dalam surat pekeliling itu juga, KPM turut mengingatkan setiap guru agar sentiasa memelihara integriti, menjaga tatasusila, tingkah laku serta penampilan diri sama ada di tempat kerja mahu pun di ruang awam dan di media sosial.

Tujuannya agar nama baik profesion keguruan terus terpelihara sekali gus memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap integriti serta kredibiliti institusi pendidikan.

Surat ini mengingatkan semua institusi pendidikan di bawah KPM untuk memastikan guru mematuhi garis panduan berkenaan bagi mengekalkan imej profesionalisme keguruan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp