Dari kiri, Bryan, Victor, Thamini dan Elisa yang terpilih dari 94 negara untuk melanjutkan pengajian di Kolej Harvard bagi kumpulan graduan 2028.
Dari kiri, Bryan, Victor, Thamini dan Elisa yang terpilih dari 94 negara untuk melanjutkan pengajian di Kolej Harvard bagi kumpulan graduan 2028.

Genius! Inilah 4 pelajar Malaysia terpilih ke Kolej Harvard

ROSHLAWATY MD RAIEH
17 Apr 2024 12:21pm
A
A
A

Setiap tahun, pasti ada anak-anak Malaysia yang berjaya melanjutkan pengajian mereka ke Kolej Harvard yang merupakan sebuah institut pengajian sarjana muda Universiti Harvard di Amerika Syarikat.

Terbaharu, empat pelajar yang dimaksudkan iaitu Bryan Lim, Victor Ngow, Thamini Vijeyasingam dan Elisa See dipilih berdasarkan kecemerlangan akademik dan kepimpinan masing-masing serta telah menyumbang kepada masyarakat melalui pelbagai aktiviti dan pencapaian dilakukan.

Di sini, Sinar Bestari kongsikan info ringkas mengenai pelajar-pelajar cemerlang berkenaan yang wajar dijadikan idola dalam kalangan pelajar di negara ini.

1) Bryan Lim

Merupakan pelajar International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) dari Garden International School. Beliau memilih bidang Sains Komputer dan Matematik Gunakan sepanjang pengajian. Setakat ini, pencapaian Bryan adalah sebagai perwakilan Malaysia dalam Olimpiad Matematik dan Sains Komputer di samping aktif sukan bola keranjang junior.

2) Victor Ngow

Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor. Memilih Sains Alam Sekitar dan Dasar Awam atau Kejuruteraan Alam Sekitar sebagai pilihan pengajian. Pencapaian pelajar hebat ini adalah mencipta sel biobahan api mikro untuk pertandingan kimia dan terlibat dalam badan bukan kerajaan (NGO) pendidikan, Project ID.

3) Thamini Vijeyasingam

Artikel Berkaitan:

Tamat pendidikan menengah di ELC International School. Menjadikan bidang Ekonomi dan Falsafah sebagai pembelajaran masa depan. Pencapaian Thamini adalah menjalani latihan amali di sebuah agensi berita dan KAF Investment Bank, aktif dalam debat serta menyerta pertandingan Model United Nations.

4) Elisa See

Graduan Marlborough College Malaysia. Bidang pengajian dipilih adalah Sains Politik dan Ekonomi atau Sains Komputer. Pencapaian diraih Elisa ialah mengikuti latihan amali di pelbagai organisasi termasuk pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya, Selangor, Michelle Ng Mei Sze dan gerakan Undi 18.

Terdahulu, Universiti Harvard yang terletak di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat merupakan salah satu universiti tertua, berprestij, terpilih dan paling kaya di dunia.

Universiti ini bukan sahaja menerima kemasukan pelajar dari Amerika Syarikat tetapi turut mengambil kelompok pelajar cemerlang dari seluruh dunia termasuk Malaysia.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok