datuk-dr-radzi-jidin_1800125_20210724230400
datuk-dr-radzi-jidin_1800125_20210724230400

Ibu bapa, murid terima baik proses pembukaan semula sekolah

Mohd Khairi Mohamad YusriMohd Khairi Mohamad Yusri
30 Nov 2021 12:15pm

SHAH ALAM - Purata trend kehadiran murid ke sekolah sejak 3 Oktober hingga 29 November yang melebihi 85 peratus membuktikan proses pembukaan semula sekolah diterima baik oleh ibu bapa dan murid.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin ketika menjawab pertanyaan di Dewan Rakyat yang meminta kementeriannya menyatakan perkembangan terkini pengoperasian sekolah di seluruh negara sejak pembukaan secara berperingkat.

BACA JUGA: 300,000 murid hadir minggu pertama pembukaan sekolah

BACA JUGA: Persediaan menjelang pembukaan sekolah

“Keadaan ini menunjukkan bahawa pembukaan semula sekolah secara umumnya diterima baik oleh ibu bapa dan murid.

“Pembukaan semula sekolah secara bersemuka juga membolehkan guru mengenal pasti tahap penguasaan murid dan melaksanakan intervensi yang bersesuaian,” katanya.

IKUTI GPSBestari di twitter dan instagram

Mengulas lanjut, Mohd Radzi berkata, KPM sentiasa memantau keadaan semasa pengoperasian sekolah secara bersemuka.

Secara keseluruhan, katanya, bilangan sekolah yang sedang beroperasi ialah sebanyak 10,060 buah melibatkan seramai 4,385,281 orang murid.

BACA JUGA: Idea bekal anak ke sekolah, ibu bapa boleh cuba idea yang dikongsikan ini

BACA JUGA: KPM sambut baik saranan saringan Covid-19 murid sekolah rendah oleh KKM

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Abdul Latiff mengenai perancangan KPM untuk memansuhkan sistem penggiliran ke sekolah susulan kes jangkitan yang semakin menurun ketika ini, Mohd Radzi berkata, perkara itu sedang diteliti.

“Berkenaan soalan Yang Berhormat mengenai bilakah kita boleh kembali ke sekolah tanpa penggiliran, perkara itu sedang kita teliti meliputi semua aspek sama ada kebaikan dan keburukan,” jelas beliau.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp